Friday, April 3, 2009


PELARI BONEKA ANGKARA BIROKRASI

“ni kama(din) kan, boleh kamu wakil pidato untuk UPSI”
“ni puan Hayatikah?”
“ya ni saya, boleh kah?”
“InsyaAllah tapi saya dengan siapa?”
“nanti pergi bilik saya untuk ambil tajuk ya”
“baiklah puan. Terima kasih. Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”.

Pertama kali menyahut panggilan telefonku yang berdering memuji isteri Baginda S.A.W, Khadijah R.HA, atas nama pidato intervarsiti aku lantas terdengar kesamaran bacaan hadis yang berkali aku dengar dicorong cuping telingaku “ sesiapa yang mempelajari seni pidato untuk menarik audiens maka amalan sunat dan fardunya tidak akan diterima”. Aku betulkan niat dan kembali kepada fitrah seni pidato. Aku ingin menyampaikan kebaikan dengan menggunakan pidato sebagai salurannya. Aku ingin belajar dan menimba ilmu seni pidato agar aku bertambah yakin dalam meyelusuri medan dakwah. Aku mengorak langkah untuk aku mengenal dan melawan pengharapan diri kepada pengharapan yang hanya disandarkan untuk ILAHI, aku ingin sampaikan walaupun seayat pesanan hikmah dari ruang yang luas akan azimat lafaz kekasih ILAHI.
Alhamdulillah tanpa hipokrit bersarang, aku memang menanti untuk wakil pidato lagi meskipun aku dah berkali kecundang. Walaupun ada kesumbangan suara mengherdik kelayakanku, namun aku sahut untuk buktikan kemampuan diri. Kalau pun bukan juara yang kukutip di medan pidato ini, cukup anjakan peningkatan aku buktikan. Bukan untuk menunjuk akan kemampuan diri namun insan sering mengukur kelayakan adalah kejayaan. Aku masih berpegang pada paksi untuk menyampaikan apa yang perlu untuk Umat ini dan kejayaan aku buru sebagai satu perangsang untuk membaiki apa yang kurang dalam diri di arena seni pidato. Tapi, kan esok aku ada pertandingan sajak!!! Oh tidak, teks aku tak buat lagi, habislah. Tak apalah aku korbankan dahulu keinginan untuk bersajak esok. Pidato aku lebih penting. Tapi takkan nak cancel penyertaan yang aku sertai last-last minit. Baiklah aku cabar kekuatan diri untuk mendukung semuanya. Malam tepat pukul 2.30 a.m setelah semua sahabat serumahku nyenyak diulit lena, aku dengan ilham ILAHI berkarya. Lebih kurang pukul 3.00 aku dapat menyiapkan sajak untuk pertandingan esok dengan tajuk “Desis Doa Dunia”. Aku curi sedikit masa tidurku dengan mendeklamasikan sajak dikeheningan malam.
Pada keesokan paginya aku pun pergi untuk melunaskan tanggungjawab yang aku harus lakukan demi sebuah perjuangan.




Setelah mengakhiri persembahan di padang bersejarah dengan sajak “Desis Doa Dunia”, aku pun pergi mengagahkan diri ke bangunan birokrasi pertama bangunan HEP. Memang rumit dan memeningkan kepala bila mengikut percaturan birokrasi. Hampas. Mula-mula aku kena siapkan borang pelepasan ‘makan beradab’ untuk aktiviti KOR Suksis di hujung minggu, pelepasan kuliah, hal pengangkutan bagi program debat NC yang dah terlalu lewat, dan beberapa perkara yang berbangkit yang perlu untuk aku sentuh agar serabut yang menyerang batin dan menyelubungi minda dapat dicantas biar patah bercerai. Sehari memang tak cukup untuk aku lunaskan semua perkara ini. Ah aku kuatkan juga sanubari dan mental melangkah ke HEP untuk berjumpa Pn Hayati Hood bagi permohonan pelepasan kuliah dan latihan Suksis yang perlu dituruti. Selepas duduk selama sejam dalam bilik Pn Hayati bagi membincangkan beberapa perkara yang penting, aku tergamam seketika bila terpaksa pergi esok dalam keadaan 22 tajuk pidato yang agak sukar dan memeritkan pengetahuanku. Ya Allah s.w.t betapa luasnya lautan ilmu milikMu hingga istilah-istilah yang jangkal dan tak pernah ku dengar tertulis sebagai tajuk spontan yang perlukan pencarian segera. Pemimpin Transaksional, pemimpin Transformasi, dan beberapa istilah yang memang tak pernah aku jumpa sepanjang aku membelek helaian bacaan dalam mana-mana bahan bacaan. Aduh!. Sepanjang hari itu aku seolah-olah seorang pelari boneka yang terpaksa pergi ke bangunan HEP, SUKSIS, PUSAT KOKURIKULUM UPSI, FAKULTI BAHASA, MALIM SARJANA DAN UNIT PENGANGKUTAN. Semuanya memerlukan Birokrasi. Ah penatnya……………
Destinasi pertama sebagai pelari boneka, HEP ke Pejabat Suksis seterusnya ke Pusat Kokurikulum, kembali semula ke HEP atas kesilapan nama pengarah Pusat kokurikulum, pergi semula ke pajabat suksis untuk tukar surat pelepasan yang silap dan ke pusat kokurikulum bagi menghantar surat pelepasan mengikut kehendak mereka. Destinasi diteruskan ke bangunan birokrasi kedua di Fakulti Bahasa bagi mendapatkan cop dan tandatangan penasihat kelab Debat untuk urusan pengangkutan. Dah dapat aku terus ke Unit Pengangkutan, rasa tertekan bila permohonan bas dibatalkan. Terpaksa aku berlari semula ke HEP untuk mohon bas kitaran UPSI bagi pertandingan debat NC. Selesai pasal bas. Aku bergegas ke bangunan birokrasi ketiga di bangunan Malim Sarjana Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan untuk pendaftaran Kursus. AlhamdulilLah selesai. Ketiga-tiga perkara yang perlu aku selesaikan untuk hari ini berjaya dengan iringan semput dan deraian keringat. Untuk uruskan 3 hal penting memerlukan aku naik turun 6 bangunan berbeza yang di tambah dengan ragam birokrasi pengurusan. Letih! rasa nak rebah di pelabuhan katilku.



Opsssssssss………. aku lupa!!!! Macam mana pula dengan keputusan pertandingan sajak tu. Nak pergi kah? Ah!!! mesti keputusan dah diumumkan. Tak apalah aku pergi juga. Jumpa Suhaimi dengan lafaz Tahniah, dia bagitahu aku dapat tempat ketiga. Alhamdulillah satu-satunya lelaki yang terselit di kepitan pendeklemasi wanita yang memonopoli johan dan naib johan. Jadi konklusinya akulah johan lelaki. hahahaha…. kalian tahu tak kenapa aku boleh nobatkan aku johan pada pertandingan sajak ni. Begini, pada mulanya semasa pendaftaran peserta, seperti biasalah kami dimaklumkan akan syarat dan peraturan pertandingan ni. Yang aku tertarik tu bukan hadiahnya yang agak lumayan , tapi 2 kategori berbeza ikut jantina lelaki n perempuan. Motifkan. Namun semuanya jadi pelik bila syarat dan peraturan ini dibatalkan bila pengumuman pemenang nak diumumkan. Timbul pula tanda tanya adakah ini juga birokrasi atau aku yang mudah menjustifikasikan dek kerana juara bukan milikku. Iskkkkkk.




“Insaf!!! angkara birokrasi aku jadi pelari boneka sistem manusia”

"kalian tunggu ya secebis pengalaman dan kenangan di pertandingan pidato peniti"

6 comments:

kAseh Abdul Aziz said...

huhuhu...
ade name bani.
ketua klas kte~

bangga!
ha3

NuHaA said...

kadang2 kite mmg memerlukan mase utk bersendirian...berfikir sejenak...muhasabah tentang ape yg kite telah lakukan...dan disitulah akan timbul kembali kekuatan dan semangat dalam diri kita....
ape2 pon yg penting ko bahagia din...

actually...kdg2 tggu jugak bile la din ni nk update blog die..hehehe

NuHaA said...

perjalanan adalah sebaik2 guru...

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) said...

wahhhhhhhhhhh..

teringin gak beraksi di pentas pidato mcam din....

dah lame x berpidato....

asik berdebat je hahaha.

tahniah!!!

Unknown said...

jangan lupa datang integriti.. huuuhhu..

Nurul S Othman said...

salam...

wah hebat la ko din...
aku???ntah bila la aku layak nk naik kat atas stage 2..

din..rindu la nk dgr ko debat or pidato..

rasa cm leh naik semangat aku nk join :)

papun...teruskan perjuangan..
nanti aku minta posting sama dgn ko...leh la ko ajar budak2 sekolah tu pidato...
ajar aku sekali la ye..

jadi minta la posting kat sarawak :D

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template