Wednesday, March 11, 2009

BIARLAH NURANIKU BERMADAH


SUKSIS (sebahagian adik-beradikku)



PENGUCAPAN AWAM (bersama johan pertandingan pidato kemerdekaan IPT 2007: ranking kesebelas)









PERMAS (nilah teman2 seperjuanganku)


















(Fokusla dalam menelaah bacaan ni.....)


Setelah penat dengan dunia yang memabukkan pemikiranku, aku sekali lagi menekan pad kekunci kesayangan pengemar blog. Sedari waktu untuk aku bersiap menunaikan tugasan proposal bagi tesis aku, aku luangkan juga sedikit waktu untuk menyelongkar satu lagi lembaran celoteh. Dalam aku medaki puncak ijazah di universiti tercinta ini, aku punyai 3 keluarga yang sangat aku kagumi dan sanjungi. Keluarga pertama aku KOR SUKSIS, keduanya KELAB DEBAT dan yang ketiganya PERMAS sem 6 .


(Pertandingan kawat kemerdekaan 2007 : naib johan.)

Ketiga-tiga keluarga inilah menjadi tempat untuk aku bermanja dan melepaskan rasa rindu kapada keluarga yang berada di bawah redupan bayu. SUKSIS mendidik jiwa ini untuk mengenal erti jalinan ukhwah sesama insani dan DEBAT mengajar aku erti ketabahan dan kecekalan dalam menerobos ruang lingkup kefanaan insani. PERMAS pula mentarbiyah pemikiran dalam konteks memajukan hidup insani.


(Biro tatanegara 2008)

Dalam SUKSIS aku ada ramai adik beradik, dalam DEBAT aku ada ramai sahabat dan dalam PERMAS aku punyai ramai teman. Adik yang paling aku kasihi A-3-22. Inilah lambaian syurga yang melambai kearahku bila aku sedang dihimpit derita dugaan ILAHI. Tak lekang mereka beri sapport dan motivasi untuk aku terus melangkah dan memacu kejayaan gemilang. Gelagat dan ragam pelbagai variasi membuat aku lunak untuk terus berdamping dengan mereka. Kalau pembaca nak tahu bolehlah berkunjung ke rumah bertuah ini.

a> (Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2008 : ranking keempat)

DEBAT?????????? Aku amat mencintai alam ini. Bukan kapasiti pendebat tapi ilmu di arena perdebatan ini. Walaupun kejora yang kukejar makin jauh namun aku amat bersyukur kerana tekad dan azam tetap berpadu untuk mengorak langkah kerimanan. Dah banyak perkara aku belajar dalam arena perdebatan. Kata kawan aku debat ni bukankah satu perkara yang membodohkan diri sendiri? Aku pernah bertanya kepada kakak senior akan soalan yang sama. Yang peliknya kakak senior ini mengiyakan perkara tersebut. Selepas rungkaian pertanyaan ini dijawab dengan penuh keyakinan, akhirnya aku nekad menyelam setiap inci kebodohan yang dikatakan. Aku hampir lemas dan tenggelam dengan kebodohan persepsi dalam arena ini. Akhirnya aku temui satu titik ilmiah yang mendasari perdebatan. Alhamdulillah ungkapan yang mampu kulafaz

(Teman seangkatan pendidikan sejarah.)

PERMAS????????? inilah dunia senda gurau aku dan carian info bagi melabuhkan sayap di dunia aku bergelar mahasiswa. Lagat dan lagak yang ligat buat aku lupa segala kepahitan hidup di kejauhan insan tersayang. Mak pernah pesan jangan titiskan air mata bila rindu dan ayah pesan jangan pernah fikir tentang lamanya masa tak bersua. Bila aku telefon aku dapat rasakan betapa air mata mak menitis merindui dan batuk ayah pasti memaksaku untuk datang secepat yang mungkin. Aku juga berkata pada mak agar dunia kerinduan diisi dengan kesibukan dan bilang pada ayah masa 4 tahun hanya pejam celik ukurannya. Namun bila kusahut panggilan telefon dari mereka aku sebak menahan rindu, aku mengeluh dek panjangnya masa aku disini. Eh.... macam sesi luahan perasaan. Layan jak lah yek.........


(Khidmat masyarakat mangsa banjir di Johor.)


Dalam SUKSIS aku nak ucapkan salam junjungan terima kasih buat Henry, Zarul, Hisyam, Arif, Johairi, Khairil, Usup, Rahim, Fazly, Rabani, Kili,Mus, Aziz, faiz, Kak ulik, Myra, Hasisah, Sabtuyah, Ruzita, Nisa, su, Lino, Jak, Wan, Vija, Low, King atau sesiapa sahaja dalam anggota SUKSIS ini kerana memberi sedikit kemanisan dalam menongkah arus kebitaraan. Aku sedar aku tidak sesempurna kalian, tidak sehebat kalian apalagi dalam mengukur kepetaan lidah kalian. Apapun jangan pernah berhenti untuk menggenggam tangan ini meneruskan perjuangan.Di arena gemilang DEBAT, sekalung bahtera terima kasih terutamanya buat abg Faizi, abg Datu, Indra, Matun, nadia2, Johan, 3S (Syahira, Suhaimi, Syahida), 3A ( Ain, Aini, Abu), Kaza, Yuszuhairi, Baihaqi, Bieb, Fawiz, Hafiz atau sesiapa sahaja yang menjadi sifu dalam memuntahkan ilmu perdebatan kepada insan kerdil ini. Halalkan ilmu untuk keberkatan hari tua.
Selautan kata hikmah buat teman seperjuangan PERMAS terutamanya Mubarak, Yus, Dayat, Abu, Atan, Firdaus, Lim, Lee, li, Amar, Nuha, Jusih, Nazirah, Nik noni, Nik Azmi, Eyza, Diana, Cut, Fizi, Mekna, Sat, Ju, Dayah, Aisyah, Umi, Zam, Ina, Renika atau sesiapa sahaja yang mencorak pemikiran ini agar berada pada paksi keintelektualan yang sebenar demi sebuah kesejahteraan.


(Lata Bayu Kedah: cuti bersama sahabatku)

Tahu tak?????????? Sebenarnya aku sangat rindu keluarga di perantauan...........
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku sangat ingin menatap wajah mak dan ayah.......
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku ingin memeluk tubuh warga keemasan..........
Tahu tak????????? Sebenarnya setiap detik tabir bibir ini menyebut nama mereka..........
Dah makan kah? Dah minumkah? Apa cerita? Apa derita? Apa khabar dan perkembangan? Sihat? Sakit? Sedih? Ketawa? Gembira? Duka? Suka? Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............................................................
Soalan yang mengelilingi setiap inci tutur kata.


(Latihan Amali di Hulu Kinta Perak)

Kesabaran dan ketabahan serta kecekalan ini akan aku gigit dengan pimpinan warga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS di dunia aku bergelar mahasiswa.
Terimalah ungkapan keramat sebagai aku menghargai kalian semua.
SALAM UKHWAH.
Terimalah doa sebagai tanda aku tak lupa akan kalian semua.
”YA ROBBKU KAU TERIMALAH AKU DAN MEREKA UNTUK MENJADI PENGHUNI JANNAHMU”.


Layan dan layari jak bah.............................


(AT32 pendidikan Sejarah universiti pendidikan Sultan idris 2006-2010.)

Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku lupuskan hasrat untuk terus menangis merindui
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku pupuskan impian untuk berlari jauh dalam dunia kerinduan
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku putuskan untuk terus tersenyum melayan kehidupan
Asbab keluarga SUKSIS dan DEBAT aku letuskan bom untuk mengenggam kefanaan dunia.





Monday, March 9, 2009

Salam Maulidurrasul


Ratapan aku mengimbas dan mengimbau kembali sejarah perjuangan kekasih Allah s.w.t ketika berdepan dengan masyarakat Kuffar di Mekah dan di kota Taif sebelum menghadapi Yahudi di Madinah. Perjuangannya memberi satu sinar pengajaran untuk melayari bahtera kehidupan agar sentiasa tabah dalam menjalani tugas-tugas harian sebagai hambanya yang dilumuri darah kejijikan akibat dosa yang dijana sendiri. Kehilangan kekasih Allah s.w.t ini memberi satu suasana pilu di hati para sahabat baginda s.a.w. Tertanya pula diri akan dosa yang telah dilakukan dan ditinggalkan bersama dengan pahit memukau dan mencengkam nurani. Kalaulah putaran waktu diberikan akan kukayuh sejauh mungkin untuk kulari dari pukauan dan cengkaman ini. Selama aku melayari bahtera kehidupan aku sering kali sangkut dalam jala yang aku hamparkan dalam lautan kehidupanku. Sering kali juga aku menitiskan air mata di hadapan Robbku yang pengasih namun aku cipta semula sejarah yang hitam dan kotor itu. Ah….biarlah aku dengan laungan keramat jangan!!!!!!!!!!! Tidak!!!!!!!!!!!!!!!.
Dalam kekusutan yang menjadi teman kita, kadang-kadang kita rasa sangat gundah dan kecewa kan namun, bila ingat pengorbanan yang diberikan oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w, akhirnya menewaskan rasa berat dan beban di alam fana ini. Ya aku juga tahu bahawa dunia ini dicipta untuk kebahagiaan yang harus dititi untuk sampai ke laluan abadi. Salam Maulidurrasul buat semua agar kita boleh menjadi insan yang sentiasa tabah mengharungi gerak gempur dunia seketika ini.

Sunday, March 8, 2009

TERIMA KASIH YA SHODIQII


seronoknya dunia bila kita mengecapi nikmat alam anugerah Ilahi

Petang hari ini sangat membuat aku teruja dengan seorang lagi sahabat aku yang aku kira lawak juga orangnya. Bagi budak2 sejarah sem 6 yang kena hantar setengah daripada tesis sem n, pasti terasa beban. Dalam melayari beban yang perih untuk dipikul hanya Dia lah yang menjadi penawar segala keresahan yang meledak di jiwa. Mungkin ada yang tak percaya untuk membuat sebahagian kecil daripada kandungan tesis yang melambak, aku dan sahabat sejarah yang lain pernah sesat di bandar Kuala Lumpur selama 3 jam hanya menggunakan sendi lutut sebagai roda dan tapak kaki sebagai tayar menuju ke plaza tol jalan Duta. Bayangkan kami berjalan 3 jam dari arkib Negara ke plaza Tol JalaN Duta. Agak2la berapa km ya.....? lebih kurang 15 km kami berjalan merempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan mewah. Tapi ni cerita yang tertutup antara aku dan sahabat sejarah yang tersesat minggu lepas. Segala rahsiah selebihnya tak boleh dibongkar nanti ada yang meradang. Apapun hari ini aku tak payah pergi Arkib Negara, tak payah lagi sibuk2 nak pergi Pahang ,aku cuma perlukan seorang sahabat bagi memberi maklumat berkaitan sekolah di pahang yang menjadi tajuk tesis aku. Kebetulan sebentar tadi aku nak pinjam Tafsir Ar-Rahman daripada dia (joe) dan sempat tengok2 gambar masa menghabiskan cuti di negeri orang. Dalam suasana sindir menyindir tentang awek dia, aku pun ubah tajuk untuk ajak dia balik kampung kesayangannya (hehe tak malukan sepatutnya tuan rumahla yang ajak) . Tak pa la untuk kepentingan tesis aku. Tup tup aku tak sangka " YA ALLAH DALAM SUJUD SYUKURKU INI AKU HARAP KAU JADIKAN AKU DAN JOE HAMBAMU YANG TAK LEKANG BERSYUKUR" maklumat tesis yang aku cari ada pada dia.hehe..... mana aku tak gembira...yahoooooooooooooooooooooooooooo
sekali lagi aku ucapkan berbanyak terima kasih pada sahabat aku yang kiut ni........ada masa aku ungkapkan lagi madah untuk sahabat aku ni. soalnya sekarang aku nak chau dulu...mesej panggilan berbunyi.....doa ya untuk aku dan joe.
Aku lampirkan juga gambar2 time habiskan cuti kat Lata Bayu Kedah.

punyalah berat, anak bapa betul..............













ni la myshodiqii Johairi Abdul Rahman

Saturday, March 7, 2009

KACA YANG BERSINAR BAGAI PERMATA

sekalung aprisiasi buat sahabat sahabat yang bergelar seangkatan dalam meniti hari esok

Segalanya dimulakan dengan satu senyuman dan keberkatan salam tangan yang disulam dengan penuh kemesraan.


walaupun kekaburan melanda persahabatan, namun segalanya bukanlah satu titik akhir untuk kita tidak melangkah dalam dunia persahabatan. segala kepahitan dapat dinikmati dengan keindahan gurauan. yang penting saling megerti dalam menongkah arus kefanaan alam ini.

Terasa indah bila bersama sahabat yang memahami erti ukhwah dan sentiasa memberi tumpangan kebahagian dan kesedihan bersama. Dalam kehidupan yang fana ni kadang2 terlalu sukar untuk menilai kemanisan bersahabat. Namun bagi diri yang lemah ni segalanya bersulam kemanisan dengan kehadiran teman2 dalam ruang kehidupan. Terima kasih kepada mereka yang sudih bergelar sahabat. Harap2 pas ni ada hari sahabat sedunia.he3

KACA DALAM RIBUAN PERMATA



Terlalu sukar untuk mendefisinikan sesuatu perkara dan membuat penilaian yang baik bahkan mungkin terlalu sukar untuk mencapai sasaran ramalan yang kita cipta. Ya kita kan bukannya ada satu kuasa meramal sesuatu perkara agar tepat. Yang terungkap bila sesuatu perkara menepati ramalan kita ialah perkataan 'kebetulan'. Namun bila orang yang berkuasa dan beraoutoriti yang meramal dan kebetulan tepat, maka kita akan katakan itulah anugerah yang hanya bisa diperoleh oleh orang-orang tertentu. Benarkah? ala benarkan.
Dr.Tuah dalam penulisannya brkaitan Motivasi Diri pernah mengungkap dengan gahnya tentang perihal seorang sahabat. Dalam mengungkap ramalan kehidupan kita, kita sering terbayang akan kebahagian, kemanisan yang penuh nikmat. Bila adanya masalah yang keci,l ramalan kita bertukar sebaliknya. Dalam mencanai dan mencerakinkan ramalan kita, betapa kita telah megakui akan kelemahan sebagai manusia. Hai hidup ni macam satu mainan pula kan.Ha betullah mainan kerana Pencipta alam pun mengakui dunia ni hanya tempat bersenda gurau. Roda yang kita kayuh telah lama keletihan dan kepenatan. Rehat adalah cara terbaik sebelum melabuhkan sayap perjuangan untuk mengayuh lagi roda kehidupan. Dalam dunia yang wajar dilayari dengan penuh keindahan bersahabat.

Tuesday, March 3, 2009

Rungkai kehidupan fana


kakakkakakakkakak...................................
baru kali ini terniat nak melakar celoteh dari minda yang sering tersasar hala tuju dalam konteks pemikiran. Kadang-kadang nak tulis banyak perkara kat blog ni tapi lihat kapasiti kesibukan diri, berat plak nak tekan papan kekunci. tapi kali ni korban juga masa yang tersepit dan terkepit untuk kongsi perkara yang wajar untuk kita renungkan bersama. pagi tadi wpun dalam keadaan mata yang kuyup nak tertutup tapi aku gagahkan jua mengikuti kuliah pensyarah yang aku kagumi semangat kejiwaannya. Wpun dalam keadaan usia yang menuntut untuk kerehatan minda dan fizikal namun demi ilmu yang ada di dada dan perlu dimuntahkan untuk generasi sepertiku, kesanggupannya buat aku yang dilingkungi keletihan tetap berjiwa kental melayari kuliah beliau. tiba-tiba mata kuyupku terbuka melalak bila Dr.Badriyah Haji Salleh mempersoalkan bual bicara masyarakat kini berkaitan isu di negeri perak tempat aku menuntut ilmu untuk bekalan di dunia hakiki. Persoalan yang membuat aku mengangguk dan berfikir sejenak kerana kita sering mempersoalkan perkara yang patut atau tidak sepatutnya dilakukan tanpa memikirkan boleh atau tidak untuk dilakukan. hahhaha
begini cetusan idea Dr Bad. persoalan berkaitan dewan Speaker negeri Perak Sivekumar yang mengharamkan 6 exco dan menteri besar perak yang baru untuk masuk ke dewan rakyat. masyarakat sering bertanya dan mempertikaikan tindalkan beliau yang tidak sepatutnya dilakukan demi menjaga keistimewaan melayu dan hak sultan yang dijunjung tinggi. Bagi akulah aku juga sangat sayang dan menjunjung ketuanan melayu namun rasiponal akan perkara ini perlu untuk kita fikir bersama. melatakkan seseorang ditempat kuasa yang dia berhak untuk putuskan sesuatu perkara adalah rasional untuk kita fikirkan.
bukan menderhaka kepada sultan yang kita juga sayangi tapi keadaan rumit ini perlu dijernihkan sebelum barah yang makin parah menular lagi.
okla tiba-tiba aku rasa macam mata yang ku kuatkan untuk menghadap screen laptop ni dah nak melabuhkan khayalannya di atas katil kesukaanku. lain kali aku sambung tulisan dan celoteh ni k.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template