Wednesday, March 11, 2009

BIARLAH NURANIKU BERMADAH


SUKSIS (sebahagian adik-beradikku)



PENGUCAPAN AWAM (bersama johan pertandingan pidato kemerdekaan IPT 2007: ranking kesebelas)









PERMAS (nilah teman2 seperjuanganku)


















(Fokusla dalam menelaah bacaan ni.....)


Setelah penat dengan dunia yang memabukkan pemikiranku, aku sekali lagi menekan pad kekunci kesayangan pengemar blog. Sedari waktu untuk aku bersiap menunaikan tugasan proposal bagi tesis aku, aku luangkan juga sedikit waktu untuk menyelongkar satu lagi lembaran celoteh. Dalam aku medaki puncak ijazah di universiti tercinta ini, aku punyai 3 keluarga yang sangat aku kagumi dan sanjungi. Keluarga pertama aku KOR SUKSIS, keduanya KELAB DEBAT dan yang ketiganya PERMAS sem 6 .


(Pertandingan kawat kemerdekaan 2007 : naib johan.)

Ketiga-tiga keluarga inilah menjadi tempat untuk aku bermanja dan melepaskan rasa rindu kapada keluarga yang berada di bawah redupan bayu. SUKSIS mendidik jiwa ini untuk mengenal erti jalinan ukhwah sesama insani dan DEBAT mengajar aku erti ketabahan dan kecekalan dalam menerobos ruang lingkup kefanaan insani. PERMAS pula mentarbiyah pemikiran dalam konteks memajukan hidup insani.


(Biro tatanegara 2008)

Dalam SUKSIS aku ada ramai adik beradik, dalam DEBAT aku ada ramai sahabat dan dalam PERMAS aku punyai ramai teman. Adik yang paling aku kasihi A-3-22. Inilah lambaian syurga yang melambai kearahku bila aku sedang dihimpit derita dugaan ILAHI. Tak lekang mereka beri sapport dan motivasi untuk aku terus melangkah dan memacu kejayaan gemilang. Gelagat dan ragam pelbagai variasi membuat aku lunak untuk terus berdamping dengan mereka. Kalau pembaca nak tahu bolehlah berkunjung ke rumah bertuah ini.

a> (Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2008 : ranking keempat)

DEBAT?????????? Aku amat mencintai alam ini. Bukan kapasiti pendebat tapi ilmu di arena perdebatan ini. Walaupun kejora yang kukejar makin jauh namun aku amat bersyukur kerana tekad dan azam tetap berpadu untuk mengorak langkah kerimanan. Dah banyak perkara aku belajar dalam arena perdebatan. Kata kawan aku debat ni bukankah satu perkara yang membodohkan diri sendiri? Aku pernah bertanya kepada kakak senior akan soalan yang sama. Yang peliknya kakak senior ini mengiyakan perkara tersebut. Selepas rungkaian pertanyaan ini dijawab dengan penuh keyakinan, akhirnya aku nekad menyelam setiap inci kebodohan yang dikatakan. Aku hampir lemas dan tenggelam dengan kebodohan persepsi dalam arena ini. Akhirnya aku temui satu titik ilmiah yang mendasari perdebatan. Alhamdulillah ungkapan yang mampu kulafaz

(Teman seangkatan pendidikan sejarah.)

PERMAS????????? inilah dunia senda gurau aku dan carian info bagi melabuhkan sayap di dunia aku bergelar mahasiswa. Lagat dan lagak yang ligat buat aku lupa segala kepahitan hidup di kejauhan insan tersayang. Mak pernah pesan jangan titiskan air mata bila rindu dan ayah pesan jangan pernah fikir tentang lamanya masa tak bersua. Bila aku telefon aku dapat rasakan betapa air mata mak menitis merindui dan batuk ayah pasti memaksaku untuk datang secepat yang mungkin. Aku juga berkata pada mak agar dunia kerinduan diisi dengan kesibukan dan bilang pada ayah masa 4 tahun hanya pejam celik ukurannya. Namun bila kusahut panggilan telefon dari mereka aku sebak menahan rindu, aku mengeluh dek panjangnya masa aku disini. Eh.... macam sesi luahan perasaan. Layan jak lah yek.........


(Khidmat masyarakat mangsa banjir di Johor.)


Dalam SUKSIS aku nak ucapkan salam junjungan terima kasih buat Henry, Zarul, Hisyam, Arif, Johairi, Khairil, Usup, Rahim, Fazly, Rabani, Kili,Mus, Aziz, faiz, Kak ulik, Myra, Hasisah, Sabtuyah, Ruzita, Nisa, su, Lino, Jak, Wan, Vija, Low, King atau sesiapa sahaja dalam anggota SUKSIS ini kerana memberi sedikit kemanisan dalam menongkah arus kebitaraan. Aku sedar aku tidak sesempurna kalian, tidak sehebat kalian apalagi dalam mengukur kepetaan lidah kalian. Apapun jangan pernah berhenti untuk menggenggam tangan ini meneruskan perjuangan.Di arena gemilang DEBAT, sekalung bahtera terima kasih terutamanya buat abg Faizi, abg Datu, Indra, Matun, nadia2, Johan, 3S (Syahira, Suhaimi, Syahida), 3A ( Ain, Aini, Abu), Kaza, Yuszuhairi, Baihaqi, Bieb, Fawiz, Hafiz atau sesiapa sahaja yang menjadi sifu dalam memuntahkan ilmu perdebatan kepada insan kerdil ini. Halalkan ilmu untuk keberkatan hari tua.
Selautan kata hikmah buat teman seperjuangan PERMAS terutamanya Mubarak, Yus, Dayat, Abu, Atan, Firdaus, Lim, Lee, li, Amar, Nuha, Jusih, Nazirah, Nik noni, Nik Azmi, Eyza, Diana, Cut, Fizi, Mekna, Sat, Ju, Dayah, Aisyah, Umi, Zam, Ina, Renika atau sesiapa sahaja yang mencorak pemikiran ini agar berada pada paksi keintelektualan yang sebenar demi sebuah kesejahteraan.


(Lata Bayu Kedah: cuti bersama sahabatku)

Tahu tak?????????? Sebenarnya aku sangat rindu keluarga di perantauan...........
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku sangat ingin menatap wajah mak dan ayah.......
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku ingin memeluk tubuh warga keemasan..........
Tahu tak????????? Sebenarnya setiap detik tabir bibir ini menyebut nama mereka..........
Dah makan kah? Dah minumkah? Apa cerita? Apa derita? Apa khabar dan perkembangan? Sihat? Sakit? Sedih? Ketawa? Gembira? Duka? Suka? Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............................................................
Soalan yang mengelilingi setiap inci tutur kata.


(Latihan Amali di Hulu Kinta Perak)

Kesabaran dan ketabahan serta kecekalan ini akan aku gigit dengan pimpinan warga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS di dunia aku bergelar mahasiswa.
Terimalah ungkapan keramat sebagai aku menghargai kalian semua.
SALAM UKHWAH.
Terimalah doa sebagai tanda aku tak lupa akan kalian semua.
”YA ROBBKU KAU TERIMALAH AKU DAN MEREKA UNTUK MENJADI PENGHUNI JANNAHMU”.


Layan dan layari jak bah.............................


(AT32 pendidikan Sejarah universiti pendidikan Sultan idris 2006-2010.)

Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku lupuskan hasrat untuk terus menangis merindui
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku pupuskan impian untuk berlari jauh dalam dunia kerinduan
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku putuskan untuk terus tersenyum melayan kehidupan
Asbab keluarga SUKSIS dan DEBAT aku letuskan bom untuk mengenggam kefanaan dunia.





7 comments:

Nurul S Othman said...

Salam sahabat…
Sama la kita..tgh busy2 dgn proposal pun masih nk berblog juga..
Trimas sebab nama aku pun masuk dlm blog ni juga..
Tapi aku macam confius itu aku ke orang lain ek??? Ni yang aku tak puas ati kat ko ni..dah 6 sem dalam suksis tapi ko masih buat kesilapan yang tak patut ko buat…
Aku betul-betul tak puas ati dgn kamu…
Kenapa ko masih tak pandai eja nama aku dengan betul..
Ha sape yang baca komen ni bagitau apa aku nak denda si din ni…

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

pertama utk puteri nurzahara..saya cadangkan denda sahaja din ni makan belacan 6 kampit.

kepada sahabatku aka senior debatku..meleleh aku baca entri ko ni din. sayu eh ayat.

boleh buat novel ko ne....

p/s : aku juga teringat keluarga di negara BAYU itu...huhuhuh...

Hamba Ilahi said...

hai ya kah alamak kena edit lagi lani.ok aku cuba yang terbaik yek.
abu sampai hati ko suruh aku makan belacan 6 kempit.nanti ko aku bagi ko belacan sarawak si nurul sebtuyah punya....he3

nuhaa said...

utk puterinurzahra walaupun hanye kenal di alam maya...tp sy tetap nk bg cdgn utk denda c din ni....huhu...kalo handhalah suh bg mkn belacan 6 kampit..sy suh din mkn budu 10 botol..cencaluk 20 botl...hehehe

din...(sori eh..gurau2 aje..hehe)
wah...terkesan emosi aku bile bc blog ko ni....kdg2 aku pon rs mcm tu....ni lah idop namenye..
nwey..thanx sbb ad name aku dlm blog ko(dgn yakin aku rs tu name aku..huhu)...hehe....ko la teman aku dunia akhirt....

Nurul S Othman said...

salam....

yup...sebab tu kena banyak membaca...
kalau xsilap agnes monica ni separuh Islam separuh kristian...

sebab salah sorg parent dia Islam n sorang lgi kristian...tp kesahihannya kurnag pasti...
tp perkara sebegini tidak pelik d indonesia..sebab Islam mereka ada yang Islam Liberal...

islam Liberal....baca tantang ini..

agnes monica menjadi model untuk menarik perhatian ummat Islam terutamanya adik2 dan generasi kecil kita...disogok dgn peribadi yang mulia tapi di sebaliknya adalah untuk mempromosi kan dia sebagai duta pencemar akidah Islamiah...

P/s Sila perhatikan Lirik Matahari...
pengharapan kepada Allah seolah-olah di sandarkan kepada Matahari..salah satu agama majusi yyg dianut masy jahilliah..perbetulkan jika ada yg tersilap

HaImi SuHAiMI said...

salam...bila baca entri nieh sedih n menyanyat hati..
ayatnya ditulis dgn penuh perasaan..
bila dihayati leh jadi "NOVEL" kisah-kisah sedih..
bile bace je entri nieh terus ingt mak kat umah..
apapun...abg din mmg pandai bt ayat r....
kehkehkehehekkah....

Unknown said...

weyh kamarudin.. congratz 4 final peniti//.. link aku k!!! HUHUHUHUHU

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template