Tuesday, March 3, 2009

Rungkai kehidupan fana


kakakkakakakkakak...................................
baru kali ini terniat nak melakar celoteh dari minda yang sering tersasar hala tuju dalam konteks pemikiran. Kadang-kadang nak tulis banyak perkara kat blog ni tapi lihat kapasiti kesibukan diri, berat plak nak tekan papan kekunci. tapi kali ni korban juga masa yang tersepit dan terkepit untuk kongsi perkara yang wajar untuk kita renungkan bersama. pagi tadi wpun dalam keadaan mata yang kuyup nak tertutup tapi aku gagahkan jua mengikuti kuliah pensyarah yang aku kagumi semangat kejiwaannya. Wpun dalam keadaan usia yang menuntut untuk kerehatan minda dan fizikal namun demi ilmu yang ada di dada dan perlu dimuntahkan untuk generasi sepertiku, kesanggupannya buat aku yang dilingkungi keletihan tetap berjiwa kental melayari kuliah beliau. tiba-tiba mata kuyupku terbuka melalak bila Dr.Badriyah Haji Salleh mempersoalkan bual bicara masyarakat kini berkaitan isu di negeri perak tempat aku menuntut ilmu untuk bekalan di dunia hakiki. Persoalan yang membuat aku mengangguk dan berfikir sejenak kerana kita sering mempersoalkan perkara yang patut atau tidak sepatutnya dilakukan tanpa memikirkan boleh atau tidak untuk dilakukan. hahhaha
begini cetusan idea Dr Bad. persoalan berkaitan dewan Speaker negeri Perak Sivekumar yang mengharamkan 6 exco dan menteri besar perak yang baru untuk masuk ke dewan rakyat. masyarakat sering bertanya dan mempertikaikan tindalkan beliau yang tidak sepatutnya dilakukan demi menjaga keistimewaan melayu dan hak sultan yang dijunjung tinggi. Bagi akulah aku juga sangat sayang dan menjunjung ketuanan melayu namun rasiponal akan perkara ini perlu untuk kita fikir bersama. melatakkan seseorang ditempat kuasa yang dia berhak untuk putuskan sesuatu perkara adalah rasional untuk kita fikirkan.
bukan menderhaka kepada sultan yang kita juga sayangi tapi keadaan rumit ini perlu dijernihkan sebelum barah yang makin parah menular lagi.
okla tiba-tiba aku rasa macam mata yang ku kuatkan untuk menghadap screen laptop ni dah nak melabuhkan khayalannya di atas katil kesukaanku. lain kali aku sambung tulisan dan celoteh ni k.

5 comments:

nuhaa said...

mase dr bad ckp dlm kelas tu pon...
aku br terpikir nk tulis bende ni dlm blog aku....
tp xsempat...mase xizinkan...hu3..

Hamba Ilahi said...

kita ni kadang-kadang terlalu cepat buat andaian dan menjustifikasikan sesuatu perkara. he3

nuhaa said...

betul tu..
aku teringt ms dr bad ckp..
kite mst ad ilmu...
sbb xda ilmu..tu yg jd buat andaian xtentu pasal..he2

Hamba Ilahi said...

nuha ko ajar bah aku nak letak gambar dan tukar template blog ni.he3

nuhaa said...

bole bah din...aku pon br2 blaja ja ni...tp blog ko da lawa pon....da ad gamba2..hehe..bgs2...din da bejaye..

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template