Sunday, March 8, 2009

TERIMA KASIH YA SHODIQII


seronoknya dunia bila kita mengecapi nikmat alam anugerah Ilahi

Petang hari ini sangat membuat aku teruja dengan seorang lagi sahabat aku yang aku kira lawak juga orangnya. Bagi budak2 sejarah sem 6 yang kena hantar setengah daripada tesis sem n, pasti terasa beban. Dalam melayari beban yang perih untuk dipikul hanya Dia lah yang menjadi penawar segala keresahan yang meledak di jiwa. Mungkin ada yang tak percaya untuk membuat sebahagian kecil daripada kandungan tesis yang melambak, aku dan sahabat sejarah yang lain pernah sesat di bandar Kuala Lumpur selama 3 jam hanya menggunakan sendi lutut sebagai roda dan tapak kaki sebagai tayar menuju ke plaza tol jalan Duta. Bayangkan kami berjalan 3 jam dari arkib Negara ke plaza Tol JalaN Duta. Agak2la berapa km ya.....? lebih kurang 15 km kami berjalan merempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan mewah. Tapi ni cerita yang tertutup antara aku dan sahabat sejarah yang tersesat minggu lepas. Segala rahsiah selebihnya tak boleh dibongkar nanti ada yang meradang. Apapun hari ini aku tak payah pergi Arkib Negara, tak payah lagi sibuk2 nak pergi Pahang ,aku cuma perlukan seorang sahabat bagi memberi maklumat berkaitan sekolah di pahang yang menjadi tajuk tesis aku. Kebetulan sebentar tadi aku nak pinjam Tafsir Ar-Rahman daripada dia (joe) dan sempat tengok2 gambar masa menghabiskan cuti di negeri orang. Dalam suasana sindir menyindir tentang awek dia, aku pun ubah tajuk untuk ajak dia balik kampung kesayangannya (hehe tak malukan sepatutnya tuan rumahla yang ajak) . Tak pa la untuk kepentingan tesis aku. Tup tup aku tak sangka " YA ALLAH DALAM SUJUD SYUKURKU INI AKU HARAP KAU JADIKAN AKU DAN JOE HAMBAMU YANG TAK LEKANG BERSYUKUR" maklumat tesis yang aku cari ada pada dia.hehe..... mana aku tak gembira...yahoooooooooooooooooooooooooooo
sekali lagi aku ucapkan berbanyak terima kasih pada sahabat aku yang kiut ni........ada masa aku ungkapkan lagi madah untuk sahabat aku ni. soalnya sekarang aku nak chau dulu...mesej panggilan berbunyi.....doa ya untuk aku dan joe.
Aku lampirkan juga gambar2 time habiskan cuti kat Lata Bayu Kedah.

punyalah berat, anak bapa betul..............













ni la myshodiqii Johairi Abdul Rahman

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template