Monday, March 9, 2009

Salam Maulidurrasul


Ratapan aku mengimbas dan mengimbau kembali sejarah perjuangan kekasih Allah s.w.t ketika berdepan dengan masyarakat Kuffar di Mekah dan di kota Taif sebelum menghadapi Yahudi di Madinah. Perjuangannya memberi satu sinar pengajaran untuk melayari bahtera kehidupan agar sentiasa tabah dalam menjalani tugas-tugas harian sebagai hambanya yang dilumuri darah kejijikan akibat dosa yang dijana sendiri. Kehilangan kekasih Allah s.w.t ini memberi satu suasana pilu di hati para sahabat baginda s.a.w. Tertanya pula diri akan dosa yang telah dilakukan dan ditinggalkan bersama dengan pahit memukau dan mencengkam nurani. Kalaulah putaran waktu diberikan akan kukayuh sejauh mungkin untuk kulari dari pukauan dan cengkaman ini. Selama aku melayari bahtera kehidupan aku sering kali sangkut dalam jala yang aku hamparkan dalam lautan kehidupanku. Sering kali juga aku menitiskan air mata di hadapan Robbku yang pengasih namun aku cipta semula sejarah yang hitam dan kotor itu. Ah….biarlah aku dengan laungan keramat jangan!!!!!!!!!!! Tidak!!!!!!!!!!!!!!!.
Dalam kekusutan yang menjadi teman kita, kadang-kadang kita rasa sangat gundah dan kecewa kan namun, bila ingat pengorbanan yang diberikan oleh junjungan mulia Rasulullah s.a.w, akhirnya menewaskan rasa berat dan beban di alam fana ini. Ya aku juga tahu bahawa dunia ini dicipta untuk kebahagiaan yang harus dititi untuk sampai ke laluan abadi. Salam Maulidurrasul buat semua agar kita boleh menjadi insan yang sentiasa tabah mengharungi gerak gempur dunia seketika ini.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template