Saturday, February 20, 2010

KRONOLOGI LAGU HIDUPKU
Rasanya hampir berkurun tabir bibir tidak mengungkap kalam hidup untuk titipan semua warga dunia. Saat indah bila ramai peminat bertanya akan blog yang tidak terusik, dek kerana berada dalam bahang kesibukan yang teramat sangat. Alasan. AlhamdulilLah akhirnya sanginsankerdil melakar ceritera semula dengan semangat yang memuncak selepas berasa puas melihat adik-adik pendebat Astar membaiki segala segi seni perdebatan atas tiket mewakili UPSI. Kronologi penceritaan dimulakan dengan fasa debat diraja 2009. Mungkin isu ini lapuk dan ketinggalan zaman, namun aku ingin berkongsi sedikit ruang dan nikmat dalam menimba pengalaman sebagai simpanan pasukan utama UPSI. Hadirnya sinar untuk semua bila kita belajar daripada kesilapan dan kekhilafan yang kita cipta dan reka. Bahananya memakan diri. Bukan kekalahan yang jadi ukuran namun, kenapa kekalahan itu menjadi noktah perdebatan yang akhirnya menjadi titik pertembungan jiwa. Senario yang perlu kita muhasabah bersama agar mendidik jiwa untuk melaungkan Istigfar beribu kali. Tidak cukup kita ditimpa dengan keracuhan mencari punca kekalahan, kita dihiasi pula dengan dendam dan amarah kebaranian. Bukan membangkitkan amarah sesiapa namun semuanya perlu akur, kerana kita sebenarnya wira yang kecundang ditangan penjenayah tidak bertauliah. Ah!!!! Cukuplah noktahkan semuanya. Tapi bunyi-bunyi dalam bait-bait tulisan terus menggegar rohani yang lemah.
Usaikah masalah ini dengan hanya merayu dan meraung tanpa menginsafi apa yang berlaku?
Usaikah perkara ini sehingga yang dibelakang mendapat tempias yang dilempiaskan dengan bias dalam pengadilan?
Oh jawapannya kata sang hebat kita tunggu sahaja dimuka pengadilan di hadapan malaikat dan Rabb sebagai hakim.
Konklusinya: yang memulakan titik hitam perlu menumpahkan titik kejernihan agar semuanya seperti sedia kala. Ketawa, bergurau seperti si kakak dan si adik. Tangisan, kecewa, amarah buanglah jauh-jauh. Jangan biar sengketa noktahnya tapi senyuman kelegaan menjadi permulaan era yang baru. Amin. Ada Sesuatu yang masih berlegar dalam minda tentang debat diraja 2009 yang berlangsung di UM. Entahlah…. Kepada sahabatku baihaqi, Johan, nadia, aini, hairi, dan sebagainya biarlah kita tempuh dugaan ini bersama demi nilai kemanusiaan dan hubungan kekeluargaan ini.
Kronologi kedua bila impian dan harapan untuk kembali kepangkuan ibunda dan ayahanda tercapai. Sebaik sahaja mengakhiri debat diraja 2009 aku terus mengorak langkah persiapan pulang ke Kunak Sabah. Alangkah gemuruhnya jiwa, ditambah pula dengan perasaan terharu kerana ramai yang ingin menghantar aku ke KLIA. Laksana wira yang selamat mengakhiri segala epilog kesukaran dimedan pertempuran. Amir, Kadir, Nadia dan Aini semoga keukuhan ini menjadi roh dalam setiap detik perjumpaan kita. Ada cerita sedih dan menyayat hati, ada cerita lawak yang menghiburkan dalam misi perjalanan ke KLIA. Semuanya ditempuh dengan iman kesabaran. Kisah menyayat hati bila menyedari diri ini tidak akan lama di alam perdebatan kerana selepas ini fokus hanya untuk menjalani latihan praktikum di SMK Gudang rasau Kuantan Pahang. Keduanya bila terpaksa mengangkut barang yang terlalu banyak dari KUO ke stesen TM, dari TM ke Pudu, dari pudu tukar bas di KL sentral dan terus ke KLIA. Bayangkan seorang pemuda mengangkut 6 beg. Huh memang sejarah memenatkan. Kadir dan amir melihat dengan penuh simpati dan empati tidak mampu berkata apa-apa. Doa jak nok. Tidak mengapa, pemuda ini biasa dalam hidup menderita, biasa dalam hidup memenatkan biasa dalam hidup ditertawakan. Cerita lawaknya bila terpaksa meminjam duit nadia saat-saat akhir untuk memasukkan beg dalam bagasi kapal terbang. Daripada 6 boleh masukkan 3 beg dengan bayaran RM90 kerana melebihi timbangan yang dibenarkan. 3 beg lagi terpaksa dibawa dengan penuh selambanya. Kata nadia doa semoga boleh bawa barang sebanyak 3 beg ke dalam pintu masuk menuju pintu kapal terbang. Alhamdulillah berjaya buat ramai pihak terpegun dengan beg yang banyak. Pelik la tu. Takpa yang penting aku sampai sabah. Ayat sedapkan hati bila berjaya tarik perhatian ramai orang. Cerita lawaknya lagi bila konduktor bas turunkan bas siap sindir “ adik nak balik kampung kah nak pindah rumah ni”. So aku pun jawabla “ nak pindah kampung”. Aku tahu jawapan ni buat abang konduktor bas tu berfikir tapi takpala yang penting aku berjaya mengalihkan sudut pemikirannya ke tempat lain. Yup… huh….
Sampai sabah aku disambut oleh wanita yang paling aku sanjungi dan sayangi dalam dunia ini. Aku menjerit dengan laungan mak……….. siap merenung mata seorang ibu yang merindu. Aku peluk mak, dan adik-adik aku. Tiba-tiba suasana jadi hening, aku tak tahan untuk tidak mengalirkan air mata. Mak dan adik pun sama. ( aku suka tengok sin khairul azzam balik dari Al-azhar Mesir bila tiba di lapangan terbang dan di rumah memeluk kaki ibunda dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 2) motifnya hampir sama dengan laluan hidup ini, bezanya aku hanya 2 tahun setengah bukan 9 tahun macam azzam. Huhu.
Sepanjang cuti aku lalui dengan adik-adik dan ibuayah. Saat paling gembira bila:
01) adiikku yang bisu menggunakan bahasa isyarat yang aku tidak fahami dan membuatkan aku tergelak beramai-ramai dengan ahli keluarga. Maklumlah kali pertama jumpa dengan adik aku ni sepanjang pengajiannya di sekolah khas untuk orang-orang bisu. Dengan bangganya adikku melihatkan keputusannya yang mendapat tempat pertama dan dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik di sekolah tersebut.
02) dapat meraihkan hari lahir adik perempuan aku yang ke 22. Malam itu memang jadi malam yang indah dengan perkongsian cerita. Malam tu, adik aku memang bergaya sakan dengan mekap dan baju yang Vouge. Biasala orang penting dalam majlis.
03) kunjungan sahabat-sahabat aku. Almu, nerwan, mus dan koleng. Siap tidur bersama lagi. Bangun pagi solat subuh berjemaah kemudian borak-borak tentang kehidupan. Plannya nak kahwin cepat!! Motifnya nak dapat anak. ( mungkin aku yang terakhir antara kalian semua. Sayang sabar k.)
04) menghabiskan masa dengan berjalan sana sini. Ke bukit menara yang dikagumi keindahannya, ke rumah sahabatku almu dan beberapa tempat dengan laungan lagu rock bersama. Karaoke la.
05) adik aku diterima untuk belajar dalam jurusan Peumatik. Impiannya yang lama terpendam akhirnya dimakbulkan Ilahi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Yang penting jaga solat dan menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar di tempat yang jauh daripada sanak keluarga dengan penuh keredhaan dan kekuatan rohani dan mental.
Namun ada juga kesedihan yang bertandang. Bila ayahku dimasukkan dalam hospital dan ditahan selama 2 minggu akibat beberapa penyakit. Antaranya:
1) kencing manis
2) darah tinggi
3) asma/ sesak nafas
4) gastric
Aku sedih sangat masa jaga ayah selama 2 minggu. Kepada semua family yang datang dari jauh terima kasih kuhulurkan. Jika ada ruang, kita jumpa untuk mengeratkan lagi ukhwah bersama. Kedatangan semua membawa rahmat dengan kesembuhan yang mengiringi ayahku kini.
Konklusinya: aku tak sabar untuk mengakhiri jalan kehidupan sebagai anak ibu kandung suluh budiman, bukan kerana laluannya yang menguji kesabaran, tetapi atas dasar tanggungjawab yang aku perlu dan wajib untuk dipikul.
Kronologi ketiga bila menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di SMK Gudang Rasau. Dah sebulan menjalani ROS dan Praktikum. Intipatinya aku sangat teruja menjadi seorang guru cemerlang. Haha posting pun belum dah berangan-angan. Paling tekanan bila perlu menyiapkan rancangan pengajaran harian setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Paling seronoknya bila dapat berkenalan dengan guru-guru yang kukira sangat baik dan peramah pada semua orang. Kak su, kak ayu, aka kinah, kak ija, kak za dan beberapa orang guru yang mesra kupanggil kak. Pelajarnya??? Aku bagi gred c. kepada semua bakal guru, percayalah kita perlu menyiapkan diri dengan pelbagai karenah yang sangat dasyat akhlaknya. Hari semakin tua, namun semakin dekat untuk kita melihat kejahilan manusia. Bayangkan bila ayah dah melepaskan tangan dan mengaku kalah untuk membentuk anak sendiri dek kerana kenakalannya, bagaimana seornag guru baru sepertiku berhadapan dengannya. Di sekolah ini juga akau melihat seorang ibu dan kakak menangis kerana kebiadaban seorang pelajar wanita. Kesat sungguh kata-kata yang dilemparkan. Kusut sungguh pemikirannya sehingga lontaran vokalnya melepasi vokal seorang guru kaunseling. Di sekolah ini juga aku mula mengenal erti pengorbanan seorang guru, letih mendidik anak bangsa dengan penuh keihklasan terutamanya apabila berkesempatan untuk meninjau perjalanan pengajaran dan pembelajaran di kelas peralihan dan pendidikan khas. Mencabar dan menentang kemahuan jiwa. Sungguh kagum aku dengan para guru namun pelajarnya….. masalah. Pernah juga semasa guru pembimbingku (kak ayu) meninjau bagaimana aku mengajar 3 orang pelajar perempuan yang lalu di kelas tersebut melafazkan perkataan “I luv u cikgu” sebanyak 5 kali. Dengan menghulurkan lambaian tangan. Sebagai seorang guru aku hanya terpaku dan tergamam seketika. Wuh…. Pelajar sekarang dah pandai mengurat cikgu. Keluh si hati yang berdesis. Pernah juga aku di perlekeh dengan penggunaan istilah yang yang salah. Macam-macam. Paling dasyat bila aku berjumpa dengan seorang pelajar di hadapan bilik guru dan terus terang mengatakan yang dia sangat suka dengan aku siap Tanya kenapa aku ni comel sangat (amaran kepada pembaca jangan mengeksploitasi keadaan ini). Aku sedar aku tak lah comel mungkin pelajar tu juling sikit kot. Setiap hari bila lalu menuju kantin sekolah ada sahaja pelajar yang melambai. Lambaian maut katakan. Mungkin kekurangan guru lelaki menyebabkan suasana sekolah nampak janggal sedikit. Bayangkan hanya 6 sahaja guru lelaki daripada hampir 60 orang guru semuanya. Dahlah sikit semuanya dan berkeluarga. So kedatangan guru bujang ni meyemarakkan perangai kurang sopan mereka. Sayangku pesan “ abang jangan nakal-nakal” . ok.
Konklusinya: aku sangat bersyukur menjalani praktikum di sekolah ini. Semuanya AlhamdulilLah berjalan dengan baik. Walaupun cabaran pelajar menguji iman tapi semuanya aku akan hadapi dengan dorongan keluarga dan bakal keluarga.
Kronologi terakhir jadi pengetua Akedemi debat UPSI.
Wahhhhhh seronok siut. Hanya yang mengikuti larian obor jadi peserta dan pengkritik akedemi debat UPSI untuk astar jak yang tahu keseronokan menjalani latihan dengan adegan penyingkiran di bottom three. Buat pendebat Astar yang bakal mewarnai debat UPSI abang harap perjalanan kalian diiringi dengan keberkatan Ilahi. Amin. Jadikan kritikan dan nasihat pengkritik sebagai landasan untuk memotivasikan minda di arena yang mencabar ini. Abang tahu kalian mampu menggapai kejora dalam arena ini. Usaha kalian InsyaAllah akan berbaloi. Buat yang selalu berada dalam Bottom three abang harap korang belajar untuk jadi yang terbaik antara semua. Siapa pun yang akan menjadi peserta dan simpanan bukan ukuran tetapi sejauhmana sumbangan kita dan gerak kerja untuk mencapai kejayaan perlu menjadi method utama dan pertama dalam melayari bahtera di arena ini. Buat presiden Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI, syabas atas pentadbiran yang sistematik. Luqman, Syahril, Razi, Suhaimi, Fawiz, Faizal, Asmadi dan Aini ciptalah sesuatu dalam Astar dan jadikan ia sebagai batu lonjakan sebagai anak debat UPSI dibawa pengetua yang suka mengajuk ni.hu3
Konklusi: nak tengok kali ini pentas Final ada UPSI. Amin.

7 comments:

ain fathihah said...

moga yg terbaik semuanya utk Cikgu Din

ninim said...

tersungkur di suku

nadianarzaray said...

hahahhaha cikgu comey anak murid juling??mana pertembungan kes nih??hehehhe

Day Syafanuri said...

byknya ko punya krono....xpe la, ko citer la puas2 buleh aku baca jak bilak2....hahaha, abu dgn kwn2 kt sini & skitar ipoh ni kim salam kt ko...nanti kitak temu ya...:)

Hamba Ilahi said...

ain: papun h/bday hu3
bila nak kahwin ni

ninim: tq bebanyak untuk segalanya yek


nadia: jaga kelab sepanjang pemergian kekanda. che wah.

dayat: paun ikut jak perkembangan aku yek.

Seri said...

budak2 sekarang dah pandai. tak macam kita dulu

FiraHasan said...

InsyaAllah kelab debat UPSI akan maju :)

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template