Saturday, October 31, 2009

ASAM GARAM DAN RAGAM KEHIDUPAN


Biarpun ribut kehidupan melanda aku sangat bersyukur dengan nilai senyuman yang masih ada. Aku sangat terkilan, sedih dan air mata jatuh tanpa henti. Semuanya angkara mulut yang dusta. Aku berani berdepan dengan anda semua bagi menjelaskan semua perkara yang bermain di kota fikiran anda. Kenapa anda tidak pernah memastikan perkara tersebut sebelum semuanya anda tulis dan hebahkan di media-media pendengaran manusia. Dalam aku mengamati erti persahabatan aku sering tertikam dari belakang. Apa yang telah aku lakukan sehingga amarah kalian tidak pernah berhenti. Anda mengeksploitasi keadaan dan aku jadi mangsanya. Buruk sangatkah aku sehingga kalian beranggapan sedemikian. Percaya dalam masa yang singkat aku menerima beberapa fitnah yang aku sendiri sukar untuk menelannya. Pertama cerita aku dengan siti Habibah Juddin. AlhamdulilLah kami kembali seperti biasanya, boleh mendoakan kebaikan bersama dan saling memberi sokongan untuk menghadapi peperiksaan akhir dan debat diraja nanti. Aku akui kesalahan sendiri dengan emosi yang akan melambung tinggi sekiranya hati kecil ini digugat dengan perkataan yang tak disangka. Aku tidak mahu bercerita panjang kerana isu ini aku anggap selesai. Cuma aku ingin menjelaskan beberapa perkara kepada orang tertentu. Ya bukan untuk menyakiti atau mengeluarkan bom kemarahan namun, cukup untuk memberitahu hal yang sebenarnya. Dalam kita mengeluarkan reaksi, jangan cepat anda meneksploitasi. Dalam keadaan aku hanya memberi apa yang ada jangan anda fitnah aku merosakkannya. Kalau ya! Aku sangat berharap sebagai kawan tegurlah berdepan. Kalau segan jangan teruskan memfitnah. Selama ini, aku pernahkan fitnah anda dan memburukkan anda? Sedangkan pujian selalu saya beri dihadapan sahabat-sahabat yang lain. Kenapa setelah isu fitnah s**** N** tahun lalu yang anda lontarkan tidak berakhir. Ingat! Dengan merendahkan diri dan ego tangan ini menghulurkan salam dan memohon kemaafan. Ya memang seminggu setelah isu itu timbul mulut ini tidak berhenti dengan kemarahan sehingga terniat untuk keluar dari seni yang dicintai meskipun baru 3 bulan pada ketika itu. Aku bertanya apakah tiada noktah kepada fitnah ini. Kalau aku teraniayah aku harap sangat anda tidak akan dibalas dengan setimpalnya namun, aku harap fitnah dari anda akan terhenti.cukup!. Kepada sahabatku Habibah sahabatmu ini sangat berharap agar segala cerita diberitahu kepada empunya sebelum apa yang dieksploitasi semakin bengit untuk didengari. Lama kita bersama namun rosak sekelip sahaja dengan dogeng yang direka. Kepada sayangku, abang pinta kesabaran melayan karenah di seni yang mencabar ini. Terima kasih buat sahabatku razi dan baihaqi yang memberi semnagat untuk berhadapan dengan dunia fitnah ini. Terima kasih ain kerana kata-kata ain selalu menjadi pendorong untuk bertindak rasional dalam kehidupan ini.

Kedua aku lontarkan rasa hati kepada seorang yang aku banyak terhutang budi. 2 minggu di kampung halaman cukup mendewasakan aku bahawa aku sangat berhutang. Selama ini segala masalah aku genggam. Meskipun aku tidak pernah melontarkan kepada sesiapa. Aku tahu kau mungkin lebih rapat dengan sahabat baru berbanding aku. Tapi aku masih percaya yang kau meletakkan sedikit kepercayaan kepada aku. Tak kisah pasal hormat atau tidak tapi ketahuilah aku tidak buat apa yang kau fikir! Razi sekali lagi kau menjernihkan keadaan ini. Kehadiran kau di bilik perbincangan yang maha dansyat kemarahannya akhirnya reda dengan penjelasanmu. Orang yang baru dikenalinya lebih dominan untuk dipercayai. Aku pernah berpesan agar lebih berhati-hati dalam menilai. Dalam kalian sering menggunakan pendekatan psikologi aku jadi mangsa yang dipermainkan. Aku tahu kalian ingin menjalinkan hubungan lebih rapat sebagai sahabat namun, jangan sampai menggunakan nama aku sebagai jalan tengahnya. Selama ini aku tidak pernah menghalang hubungan kalian. Jujurnya kenapa aku ingin merosakkan persahabatan orang lain????. Apa faedahnya??? Aku sangat berharap isu ini juga berakhir seperti isu pertama. Aku dah cuba menerangkan, namun dia kata aku pandai memutar belit perkataan. Anda lebih dahulu mengenali aku sebelum sahabat anda, jangan cepat menghukum. Tanya aku dulu! Ingat segala kejadian yang menghempap aku dahulu juga bermula dengan psikologi yang kalian mainkan. Dah lah aku cair dengan semua ini. Mesej yang aku baca membuat aku murung dan susah untuk berkata apa-apa. Aku takut anda akan lebih mempercayai apa yang dia katakan daripada aku yang pernah anda junjung satu ketika dahulu. Adilkah untuk meletakkan penilaian dari sudut kanan sahaja?? Sudut kiri ini pinta untuk didengari dan diberi sedikit ruang menjelaskan. Kepada yang memfitnah hentikan semuanya. Aku hanya jadi barang propaganda anda. Jangan sebab aku rapat dengan ramai manusia aku dicop sebagai penyampainya. Aku malas dan letih memikirkan semuanya. Tolonglah aku untuk menutup semua ini. Aku dah berkali telefon namun anda tidak pernah angkat. Alasannya pun tidak munasabah, sms pun tidak berbalas. Kalau amarah ini meletus aku akan datang rumah dan kita bincang bersemuka dengan semua yang terbabit. Perkara ini juga yang aku ambil masa menyelesaikan isu antara kita dahulu. Kesimpulannya aku yang jadi mangsa hari itu kan. Tapi pernah anda memohon maaf???? Tak mengapa isu yang lapok. Apapun aku masih ada nilai untuk menghargai jasa dan pengorbanan anda. Aku tidak mungkin membayarnya dengan fitnah!!

Ketiga, sakitnya hati bila sahabat tempat aku meluahkan rasa menganngap aku ni b*********. Ya aku mengiyakan dan mula mereka cerita kerana tidak terduga dengan penafsiran anda. Aku memang selalu berhempas pulas dengan penuh semangat untuk lepak di rumah anda dan berborak-borak tentang diri dan kehidupan. Rupa-rupanya ada yang aku tidak tahu. Sampai hati kebaikan ini diterjemahkan dalam bentuk yang lain. Tak pernah aku merancang untuk mengugat mahkota kalian. Kalian sahabat aku kan. Mustahil. Kadang-kadang macam kelakar juga cerita yang aku dengar. Isu ini baru bermula tapi belum aku pastikan kesahihannya. Aku akan bertanya kepada anda sendiri nanti dan akan menjelaskan semuanya. Sekarang ini aku hanya pinta untuk anda menghentikan setiap andaian kosong yang anda reka melalui permainan kotor syaitan.

AlhamdulilLah malam itu aku tidak menghampakan sesiapapun termasuklah Naib Canselor, Pegawai Di Unit Pembangunan Pelajar, Penolong Pendaftar dan beberapa orang jurulatih aku. Respon mereka jujur mengatakan aku dah mencuba yang terbaik, namun rezeki bukan milik aku malam itu. Tahniah aku ucapkan buat Amiruddin UPM yang dah berkali-kali johan pertandingan pidato, sahabat aku Ikhwan USIM selaku naib johan meskipun suara lunak malam itu, dan kepada peserta tuan rumah. Anda dah membuktikan UPNM bukan hanya handal di medan perang tetapi gah di medan pengucapan awam. Terima kasih atas pengurusan yang sangat memuaskan hati semua pihak. Buat kekasih hati yang sudi melapangkan masa bersama sabahatnya Amy sangat teruja dan bersemangat atas kedatangan kalian. Kepada Razi dan Kaza yang banyak meluangkan masa untuk melatih, aku harap-harap semuanya berbaloi. Hairi dan Kadir yang tak jemu untuk memberi teguran jangan pernah berhenti. Kepada Hafiz, Noraini juga ungkapan syukran yang tak terhingga atas sapport yang diberikan. Kapada Faizal dengan sepanduk yang vogue tak tahu nak kata apa tapi sangat terharu. Kepada semua warga upsi yang turun padang menyaksikan gelagat aku dan Siti Habibah di pentas final pidato Keselamatan dan Mahasiswa di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur, tiada kata melainkan terima kasih.

Sambutan meskipun sederhana namun sangat seronok apalagi disulam dan diikat dengan nilai persahabatan. Rancangan aku, Kadir, Razi dan Hairi akhirnya berjaya membuat kejutan untuk Faizal. Selamat ulang tahun ke 22. Pelik benar nama yang tertera kat landasan kek tu. Huhu. Razi punya idea. Malam itu penuh gelak ketawa dengan gelagat rumah ko dan watak ceria Kadir dan watak kelaharan Hairi. Apapun semoga ukhwah ini hingga keakhirnya.

Alhamdulillah. Aku pernah menjadi calon atas tiket fakulti untuk anugerah Kepimpinan Pelajar tahun lepas antara semua mahasiswa UPSI. Rezeki hanya tersenarai sebagai finalis. Namun, pada 29 hari bulan lepas aku dianugerahkan anugerah yang sama di peringkat fakulti. Yang buat aku teruja aku digandingkan dengan presiden kelab debat yang baru untuk anugerah paling besar malam itu. Yup! Nadia Fitriyana. Aku kategori lelaki dan dia bagi kategori perempuan. Legasi debat sudah mula bertapak di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Kepada ratusan yang datang atas tiket menerima anugerah dekan, tahniah aku ucapkan. Teruskan usaha sambil saling mendoakan untuk kebahagian kita bersama dunia dan akhirat.

Bercuti? Aku tanya pada Aini bercuti dikampung Aini tak menyusahkan kah? Bawa kekasih hati lagi tu tak timbul fitnah kah? Aini kata semuanya ok. Aku pun ok la. Perjalanan yang jauh menaiki kereta api disambut dengan senyuman mesra abang Aini. Sampai dalam pukul 4 lebih aku dan Kaza merebahkan tubuh keletihan di atas rumah berpasakkan keceriaan penetapnya. Setelah solat subuh berjemaah kami bertiga ( aku, kaza dan sis) berborak kosong. Sis tertidur diikuti kaza. Aku tahan sedikit sebab dah tidur dalam kereta api dalam perjalanan. Sarapan pagi tu memang penuh dengan menu yang menyegarkan mata yang kuyup-kuyup merindukan tempat pertiduran. Siap dengan ilmu daripada mak Aini “makan timun adalah sunnah Nabi s.a.w sebagai penyejuk badan” , “ pagi-pagi tak boleh makan terlalu berlemak nanti badan jadi lemah untuk membuat sebarang pekerjaan”. Memang ada ciri-ciri ibu yang mishali dan isteri yang memahami. Aktiviti pertama rombongan ke pasar membeli beberapa keperluan dapur untuk santapan kami sebagai tetamu. Letih juga jadi perempuan yang terpaksa ke pasar di awal pagi. Aku dan kaza terkejut juga dengan barang yang kami kira terlalu banyak dibeli oleh mak Aini. Aktiviti seterusnya mandi air terjun. Huhu… sangat …sangat…sangat… tak tahu nak kata apa. Kakak ipar dan abang Aini yang sangat best giler menyerikan keadaan. Sedari awal perjalanan sehingga tiba di rumah kami asyik gelak berjemaah. Satu rasa dan sangat mengiurkan untuk mandi berjam-jam. Sempat juga kami main baling2 bola. Aku tewas dengan 3 srikandi sebab motif dorang memang nak kenakan aku. Sayang memang jahat. Kaza dan Aini memang nak aku kalah. Takpa lain kali kita main lagi.


Lepas sahaja solat dan makan tengahari, kami di bawa melawati beberapa tempat di pualu pinang antaranya masjid tergantung, Restoran Beratur yang mangujakan, tengok penginapan Franscist Light, naik feri dan banyak lagi sehingga lebih kurang pukul 2 pagi sampai rumah. Gelagat anak angkat (motif) Zahir menceriakan perjalanan kami semua. InsyaAllah ilmu menjaga anak dimanfaatkan sepenuhnya, suka tengok sayang dengan Zahir..huhu. sabar k. keesokkan paginya kami di bawa untuk melawat kebun serai milik ayah Aini. Ada insan yang takut lintah. Cenggeng. Aku kagum dengan keberanian Aini. Pagi itu kami bertiga bersemnagat mengerjakan kebun Aini bersama-sama Ayah dan Mak Aini. Siap boleh ambil gambar lagi tu.


Oh ya hampir aku terlupa untuk kongsi ilmu mencedok air dalam perigi menggunakan timba yang diajar oleh mak Aini. Bukan sahaja handal mengajar bacaan Al-Quran tetapi juga handal dalam teknik mencedok air perigi yang dalam. Aktiviti tidak terhenti kami dibawa melawati kilang jeruk, kilang membuat dadih dan soya dan akhirnya kilang perusahan kerepek mak Aini. Wow!!! Dasyat! Memang memberi inspirasi untuk jadi usahawan meskipun penat mengelilingi Penang. Dalam perjalanan ayah Aini sempat bercerita kisah Nabi Daud a.s. Masa membantu di kilang kerepek abang Aini sempat berpesan untuk membuat bungkusan yang digalakkan oleh RasullulLah s.a.w “ sediakan bungkusan untuk orang lain seperti mana yang kita mahu”. Akhirnya tepat pukul 9 malam kami bertolak untuk meninggalkan semua cerita dan pengalaman yang menyegarkan minda yang kusut. Sedih juga rasanya. Tapi!!!!!!!! Masakan tengahari mak Aini masih terbayang-bayang. Sampai kolej dekat pukul 4 pagi. Perjalanan malam itu melenakan kami semua. Mujurlah tidak terlajak. Apa yang penting bukan sahaja dapat merasai nikmat di rumah Aini tetapi dapat anak angkat….lalallalallalallalalallallalallallalalallal….

Semasa aku melakarkan celoteh suka duka ini aku masih terus bersedih dengan pelbagai perkara yang timbul. Seketika aku tersenyum syukur dengan sedikit kebahagian yang masih diberikan. Entahlah kenapa aku semakin lemah menghadapi arus hidup ini. Ya Allah kau bantu aku menrungkai permasalahan ini. Aku lemah untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya. Aku seperti dianiaya. Aku sangat berharap kuasaMu membuktikan semuanya. Ampunkan dosaku ya Allah andai ini sebahagian daripada kesilapanku mencatur hidup di bumi pinjamanMu.

Kepada yang membuat fitnah aku sangat takut berhadapan dengan kalian namun, aku masih mampu untuk terus berjumpa agar apa yang kalian tahu dan dengar dapat aku jelaskan. Bertubi2 aku di tikam dari belakang. Jangan pernah berniat untuk meneruskan. Kalian sebenarnya dan menang besar kalau itu yang kalian mahukan. Aku tewas dan menyerah pada yang KUASA. Hapuskan semua ini. Amarah ini mula reda dan tunduk dengan permainan fitnah ini. Kepada yang kuanggap dan meletakkan kepercayaan, jangan anda heret aku dalam kancah fitnah ini.

p/s : tq suhaimi sempat pinjamkan laptop melakar rasa hati.

kepada sahabat2 ku doakan semoga tiada dengki antara kita.amin.









































10 comments:

ain fathihah said...

seperti biasa, entri Abg Din jarang muncul tapi panjang berjela.

tapi hati tetap tak jemu membaca.

hehehe...

Selamat Menghadapi Peperiksaan Semester Terakhir di UPSI ni, Abg Din..

doa dr ain untuk Abg Din & Kak Sis moga murah rezeki dan dipermudahkan jodoh..

خير الأنوار بن قمر الدين said...

din, ko join debat diraja? bila tarikh?

nurulnadiah said...

Salam.Berapi-api entri nie, takut aku baca Din.
haha, biasala duri dan ranjau tue, SEMOGA LEBIH BERJAYA DALAM DUNIA PENGUCAPAN AWAM.

=)

Hamba Ilahi said...

ain: wah dah berkali2 jadi org yan pertama komen blog abg. nak belanja pa ya!!!!. tq sebab tak pernah jemu.
moga berjaya juga dalam exam nanti

khairul: aku pun tak tahu lagi tapi list nama u wakil dah keluar.huhu

nadia: wah che nad first time komen. oh ya itulah dunia pengucapan awam yang dah anda lalui kan... baru setahun dah bertubi2
tq atas doanya.
oh ya bila kahwin????????meletup soalan ni...

srikandi_kasih said...

Kama,
sweet sgt ko dgn gf ko..hehe..
semoga bkekalan dan bahagia sentiasa~
ALLAH sentiasa bersama dengan org yg sbr..
smga kta smua dpt bsbr dgn dugaan dlm kehidupan.
smga bjaya!chaiyok2!

nurulnadiah said...

Nadiah to Din: Kahwin bila putera kayangan masuk meminang.haha

One more, berbunga-bunga bahasa ko dlm blog ini, ada part2 yg aku tak faham pulak.hehe.Blog Siti Bibah yg major BM pun tak se-berbunga ini.haha

ninim said...

salam..abang din,,semoga apa yang dilalui ini menjadi satu pengalaman yang amat bermakna..sengaja mengajak abang din, kak sis dan kaza pulang hari itu, agar masa diluangkan untuk melihat bahawa dunia ini lebih luas dan cabarannya lebih dahsyat..terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat abang din selama ini...sampaikan salam pada kak sis..terima kasih atas pengalaman yang sangat mengujakan walaupun hanya sebentar kita di kampung

Akhir sekali, selamat berbahagia dan semoga abang din dan kak sis dirahmati dan diberkati selalu

Selamat maju jaya dalam peperiksaan buat merpati dua sejoli

. said...

Salam,

All the best buat Kamaruddin. Tahniah atas segala pencapaian. Bermula pada kadar hebat kini menjadi tersangat hebat (pemidato UPSI) syabas, terus maju dan jaya.

Abang mendoakan yang terbaik untuk anda..

-CIKGU HAIRUL FAIEZI-

Hamba Ilahi said...

srikandi: iyalah tu bib ko pun pa kurangnya. huhu gempak ko ngan pakwe ko!!!!

aku doakan moga ko kahwin cepat.hhahahah
jangan lpa plak jemput orang kunak ni. dekat jak tawau tu.
papun gluck exam ni.cayyok2 anak ugi....
selalu terbayang gelagat wanita ni aset paling bernilai yang sukar di cari ganti. patutlah dapat gelaran diva.

nurulnadia: hahahaha siapalah putera kayangan tu
kongsila
yang penting jangan lupa jemput semua junior ni.lalallalala
oh ya pasal bahasa tu memang banyak bunga2 pun sebab nak bertanding untuk anugerah bahasa berbunga. ha bib jangan jealous kalau aku dapat anugerah ni.....
yes!!!!!!!!!!!!

ninim: sangat mengujakan aini. thanks u doanya. papun jangan lupa kim salam ngan semua kga aini. anak angkat sekali. dalam doa aini kena ada nama abg, kga n kak sis.huhu motif!!!
papun gluck u exam ni.
jangan tension2 k.


sifuku faizi: ala sikit je kalau nak dibandingkan dengan sifu ni. vouge gitu!!! hahahha
inspirasi yang kekal menjadi lagenda di upsi. moga akan mencorak anak bangsa.
permulaan di dunia ini pun berkat ruang yang dibuka oleh sifu.
keyakinan diri pun ditajamkan oleh sifu
thanks u segalanya. doa anak buah moga sifu kahwin cepat.

nadianarzaray said...

lamanyerr xupdate blog??daa bersawang2...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template