Monday, October 12, 2009

ALHAMDULILLAH >>>>>>> ASTAFFIRULLAH ALA’ZIM


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Sujud syukur Pada yang Maha Kuasa, Maha Esa dan Maha Perkasa,
Ya segala puji memang hanya untuk Nya
Tiada yang selayaknya menerima pujian melainkan pemelihara sekalian alam
Empunya kepada segala kepunyaan yang dipunyai
Kesyukuran pertama apabila aku dah menyelesaikan tugasan yang pada awalnya membuat aku takut untuk berkata setenangnya. Berada di mana sahaja pasti teringat akan kerja yang tertangguh ini. Pagi tadi (4/10/09) aku melangsaikan tesis dengan menghantarnya ke bilik pensyarah yang aku sayangi. Pn Wan Noorazilawati binti Wan Mat Ali. Manakan tidak, setelah aku menggunakan secukupnya cuti raya baru-baru ini, akhirnya mampu membuatku tersenyum sendiri. Kesyukuran yang tak terhingga, sangat nikmat rasanya. Sekarang aku hanya fokus kepada tugasan minor yakni penyelidikan pengajaran Tilawah Al-Quran di sekolah Menangah. Meskipun tesis aku belum di jilid lagi namun, setakat ini aku bisa bersyukur senyum.
AlhamdulilLah kesyukuran untuk perkara kedua apabila kepimpinan baru kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah meyempurnakan pelantikan semua Majlis Tertinggi dan AJK yang bertanggungjawab atas segala pengurusan kelab bagi sesi 2009/2010. Tahniah buat presiden demokrasi yang sememangnya meletup. Kepada semua mantan Majlis tertinggi dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan kelab sebelum ini di bawah pegelolahan seorang diva debat dan pidato harap doa kalian mengelilingi kepimpinan baru ini. Selaku insan yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dan bergerak atas kapasiti seorang pendebat, aku harap kelab akan lebih baik dan lebih mantap. Seandainya kehadiranku yang diundang oleh presiden kelab pada malam (8/10/09) yakni malam kelansungan mesyuarat pemilihan Majlis tertinggi dan AJK yang baru, membuat hati-hati kecil yang suci terguris aku mohon ampun dan maaf. Aku tidak datang atas kapasiti nafsu atau untuk menganggu kelancaran majlis. Aku juga berharap kehadiran aku tidak di salah tafsir. Malam itu ramai senior dijemput namun, aku seorang sahaja yang berjaya untuk meluangkan sedikit masa dengan anggapan mungkin ada sedikit buah fikir yang boleh untuk aku sumbangkan. Bukan aku tidak mempunyai keperluan lain untuk dibereskan tapi atas tiket kecintaan pada kelab yang berantakan sejak akhir-akhir ini, membuatkan aku gagah melangkah ke bilik mesyuarat KHAR.

Asmadi dan Faizuddin junior jadi saksi sebaik sahaja aku balik dari makan selepas mesyuarat aku terus mencari fakta dalam majalah yang terdapat di rumah mereka. Kekasihku dan Suhaimi jadi saksi aku tidak tidur selepas balik dari mesyuarat untuk menyiapkan teks pertandingan pidato. Suhaimi, Zarul dan Sallehuddin juga jadi saksi aku bangun lewat untuk solat Jumaat asbab mengqada’kan tidur untuk malam tersebut. Ya sepatutnya masa itu aku penuhi dengan latihan atau sekurang-kurangnya aku penuhi dengan carian fakta bagi pertandingan tersebut. Tapi kenapa aku masih wujud dalam mesyuarat tersebut??? Adakah aku ingin mencari publisiti atau mungkin dilantik menjadi timbalan presiden kedua yang kosong penyandangnya, adakah aku ingin supaya suara aku didengari oleh presiden untuk menggubal dasar tradisi atau kehadiranku untuk mengoda presiden dan bendahari??? Hati anda juga menafikan perkara tersebut, jadi apa rasional anda dengan tuduhan tidak berasas mengatakan yang bukan-bukan dengan kehadiranku dalam mesyuarat tersebut???? Kepada sesiapa sahaja dan untuk semua ketahuilah jangan menghukum seseorang tanpa menilai pernyataan kedua-dua belah pihak. Tidak adil dan berasas namanya. Aku betul-betul tidak terduga kebanggaan ini dicampak dengan penilaian yang berbeza. Seandainya aku teraniya dan doaku dimakbul Ilahi kerana penilaian yang serong ini, aku mohon pada yang Esa agar mulut yang mengungkapnya diserikan dengan lafaz syahadah dihujung kamatiannya. Buat presiden dan timbalannya aku mohon kemaafan merosakkan majlis kalian malam itu kalau itulah yang terjadi. Tapi? Aku tetap masih bertanya kalaulah presiden, 2 timbalannya, dan konco-konconya yang hadir pada malam itu tidak berbunyi malah memuji, mengapa tiba-tiba yang tidak datang mengoncangkan amarah ini buat sekian kalinya. Apapun aku berdoa agar rahmat Ilahi mengelilingi kalian semua. Kalau aku ada ruang untuk berpesan inilah buah fikirku untuk kepimpinan baru “jangan pernah menjadikan madah manusia sebagai penghalang sebaliknya, jadikan ia satu perangsang untuk kita membuktikan perkara sebaliknya”. Ya!!!!!! Tidak kira anda baru dalam dunia ini anda perlu untuk menjunjung nama Kelab Debat UPSI kerana jawatan yang anda pegang bukan anda yang kemaruk untuk dipilih. Tiada konspirasi untuk memilih anda tapi inilah amanah Ilahi dan inilah kepercayaan demokrasi yang anda perlu percayai. Teruskan memimpin dan buktikan anda juga mampu meskipun baru muncul lantas terus dipilih memegang jawatan yang penting. Yakinlah!!! Anda juga berkebolehan atas tiket kepercayaan semua. Kepada yang mempertikai hentikan pertikaian kepada pemilihan majlis tertinggi ini. Allahu Khair. Ingat!!!!!!!! Sejarah juga membuktikan mereka yang memegang jawatan atas tiket kebolehan dan selalu muncul di layar intervarsiti atau dalaman belum tentu dapat mengukir kejayaan dalam bidang pengurusan bersesuaian dengan jawatan yang disandang. Jadi!!! Kesimpulan mudah apa nilai keadilan anda???? Resolusinya doakan sahaja semoga mereka juga mampu memimpin dengan baik dan lebih baik.

Kesyukuran untuk perkara ketiga apabila kumpulan aku buat pertama kalinya mendapat pujian daripada Pensyarah keturunan siam yang amat comel. Semua pelajar dibawah didikannya amat sukar mendengar pujian namun, sekali memuji lambungannya amat tinggi sekali. Tidak pernah berbangga atas pangkat sebagai datin namun bersyukur atas pangkat Prof Madya. Alasannya, pengkat itu bererti dengan nilai ilmu yang mengiringi. Inilah prinsip ang aku gigit untuk meneruskan kehidupan di bumi fana ini. Selaku ketua kumpulan aku amat berbangga dengan perancangan dan strategik kumpulan. Hasil mesyuarat kita putuskan bersama Aku, Hairi, Amar dan Azid selaku pembentang kertas kerja manakala Barak, Azizul, Nurjan, dan Milter selaku pengkritik (ala-ala membidas) kumpulan lain. Pujian tak henti-henti diberikan. Atas sokongan yang padu akhirnya segalanya tidak sia-sia. Atas mandat yang dipersetujui secara demokrasi aku junjung untuk melaksanakan tangungjawab sebaik mungkin. Kehangatan suara kegembiraan dan ucapan tahniah sesama kita dan rakan sekuliah masih berdesing di telinga untuk mengucup sedikit rasa kesyukuran.

Kesyukuran keempat apabila melayakkan diri ke pentas Final Debat Wacana Ilmiah buat dua tahun berturut-turut. Sememangnya aku tak pernah menafikan akan kesedihan atas kekalahan di pentas tersebut apalagi apabila gelaran pendebat terbaik dirampas oleh junior yang aku amat kagumi analisis kes dan pengorbanannya dalam kelab Debat Bahasa Melayu UPSI. Ahmad Baihaqi. InsyAllah beliau juga mampu membawa nama UPSI ke pentas final dalam debat Intervarsiti bagi meneruskan titik perjuangan 3 diva debat wanita UPSI. Lagenda yang akan terus dikagumi. Aku cukup bersyukur dapat bekerja dengan Presiden dan Naib Presiden yang baru dilantik pada malam sebelum melangkah ke pentas final debat Wacana ini. Hubungan yang dipenuhi dengan kepercayaan antara kami membuat kami akur dengan kekalahan tanpa sebarang sikap menunding jari. Bila aku menganalisis video ternyata kemenangan sepatutnya diberikan untuk pihak pembangkang. Tahniah Hairi, Kaza dan Baihaqi. Semoga kekalahan ini menjadi hiburan untuk kita bersama. Kepada bunga tayar, Plastik, emosi dan beberapa gelaran yang terkeluar di pentas ini jangan terkilan kerana ia merupakan panyeri suasana yang sememangnya hangat. Tahniah juga buat Fawiz atas pengurusan yang tidak boleh dinafikan kebijakan pengurusannya.

Kesyukuran terus bemain di tabir bibir apabila aku berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir pidato Keselamatan dan Mahasiswa peringkat IPT. Segulung ungkapan syukran buat Razi dan Hafiz. Pengiring yang sangat memahami. Terima kasih juga sebab ajarkan perkataan b*** kepada aku. Gelak ketawa dengan aksi drastik dan memukau Hafiz akan aku ingati untuk tersenyum sendiri. Razi yang bersengkang mata dan melayan karenah aku sepanjang pertandingan amat aku sanjungi. Sesungguhnya sumbangan ini akan aku bayar dengan doa agar menjadi asbab mengetuk pintu keampunan Ilahi. InsyaAllah SWT berkat solat Hajat mak dan Ayah, berkat doa adik beradikku ( Hani, Max, Ria, Tam, Budi, Jum dan Don), berkat nazar aku, berkat doa suci kekasihku Hasisah, berkat sokongan kelab Debat ( Hairi, Kadir, Faizal, Razi, Kaza, Suhaimi, Asmadi, Hafiz, Baihaqi, Faiz Senior, Faiz Junior, Syahida, Nadia, Mini, Aini, Ain, Zack dan semua ahli Kelab), doa kawan seangkatan SUKSIS dan rakan seangkatan di UPSI (Kham, Jumading, Akma, Amy, Kasma, Ayu, Rahman, Zarul, Henry, Johari, Dayat, Helmy, Aziz, Azim, dan semuanya), doa sahabat daripada Univesiti semalaysia ( Dayah UTM, Saufi UUM, Adam UMP, Aisyah UMP, Ikhwan USIM, Anuar UKM, Kalis UKM, Hakim UTHM, Maya UiTM, Rafidah USM, Iqbal USM, Aizuddin UNITAR, Ammar UUM, Mursyid UUM, dan beberapa yang lain), InsyaAllah aku akan buat yang terbaik untuk malam Final nanti. Gabungan kuasa doa yang ikhlas ini akan mengegarkan dewan Pusat Konvensyen Sime Darby Sdn Bhd 22 haribulan ini. Tahniah juga buat semua yang melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa peringkat IPT 2009. Terharu bila kedua-dua wakil dari Dunia Ibu Kandung Suluh Budiman melayakkan diri ke pentas akhir. Lagi terharu bila satu-satunya universiti yang menempa 2 tiket ke peringkat akhir pidato Keselamatan dan Mahasiswa IPT. Tahniah khas buat Siti Habibah Juddin.



Sekadar coretan buat yang banyak membantuku dalam melangsaikan tugasan harian sebagai Hamba Ilahi.
Pertamanya Kedua Ibu bapaku dan keluarga tersayang. Berkat doa kalian kini sedikit laungan bahagia mampu aku ukir sebelum melangkah di alam yang sangat di nanti, untuk mencurah bakti, kepada anda semua insani.
“Ya Allah, aku sangat mendamba cintaMu untuk aku memberikan sedikit nilai kebaikan kepada mereka semua. Engkau mengerti betapa aku menahan amarah rindu kepada mereka, Engkau memahami betapa aku menahan getaran kasih untuk mereka, Engkau jua yang mengetahui betapa sebak tagisan ini menahan ujian di perantauan. Dalam melakar kudrat meneruskan pencarian rezeki, aku mohon sepenuh kesucian hati agar setiap inci kudrat mereka terselit kudrat bantuanMu, Permudahkan urusan mereka Ya Allah, dan berikan kebaikan atas setiap pengorbanan mereka. Sesungguhnya ya Allah, kebaikan itu ada disisiMu dan kebaikan itulah yang aku pohon untuk Kau berikan kepada mereka. Hiasi peribadi adik – beradikku dengan sifat dan sikap mahmudah dan hindarkan mereka dari sifat dan sikap mazmumah. Jangan Kau jadikan kesilapanku sebagai asbab kesusahan mereka namun, aku redha andai kesilapan mereka dijadikan asbab kesusahan untukku, ya Allah kumpullah kami dalam kalangan umatMu yang kau sayangi. Tempatkan kami dalam suratan yang indah dan penuh kesejahteraan untuk kehidupan hidup dan selepas hidup kembali. Amin”.


Keduanya kepada kekasihku Hasisah Mustamin. Segala keprihatinan dan nilai kebahagian berkasih segar membakar semangat untuk meneruskan rentak perjuangan di bumi Suluh Budiman ini.
“Ya Allah berkahilah perhubungan ini, lindungi kami dari melanggar etika pelaksanaan cinta mengikut syariatMu, ledakan cinta kami di bawah kasih sayangMu, jadikan kami sumber inspirasi untuk menggapai aspirasi sebagai hamba padaMu. Janganlah kau hukum nilai setia dengan kecurangan sesama kami, mudahkan setiap urusan kami untuk menatap mahligai di dunia dan akhiratMu. Andai perhubungan ini di tapak kemurkaanMu kau ampunkanlah kami dan tegurlah dengan KemurahanMu, seseungguhnya kemurahanMu jua yang mendominasi kemurkaanMu. Hiasi peribadinya dengan nilai muslimah seanggun sinar mentari dan seceria nur makfirah kepadaMu. Engkau anugerahkan kami kekuatan untuk saling meninggikan kalimah cintaMu melebihi cinta sesama kami kerana itulah tuntutanMu. Jadikan cinta ini milik kami sepenuhnya untuk kehidupan di mahligai syurgawi. Amin”.


Ketiganya sahabatku, Johairi Abdul Rahman dan keluarganya. Dakapan layanan yang membuai lena dalam mencari setiap sumber primer dan sekunder akhirnya bermanfaat untuk aku implimentasikan dalam menjunjung tugasan tesis yang wajib aku tempuh ini. Doa yang disalurkan tidak pernah terhenti, kata-katanya ibarat seorang pemimpin bertubuh kerdil memimpin dunia.
”Ya Allah Kau lindungilah ia dan keluarganya, kau turunkan khazanah kepunyaanMu untuk mereka, berilah kekuatan untuk mereka terus berlari mencari secebis kemanisan iman, lindungi mereka di bawah lembayung rahmat dan nikmatMu. Sekiranya Engkau menguji mereka berilah sakinah untuk mereka hadapi, jadikan setiap inci dugaanMu sebagai wadah untuk mereka lebih mendamba cintaMu. Sayangilah mereka semua kerana pegorbanan mereka hanya Engkau yang Mengetahui. Dalam meneruskan lembaran dan sisa kehidupan ini, Kau limpahi setiap inci kudrat mereka dengan pandangan kemurahanMu agar kudrat mereka dijadikan hadiah untuk mendamba JannahMu. Tempatkan mereka sekeluarga di tingkat yang sama dengan KekasihMu. Amin.
Keempatnya sahabatku Aini, berkat komputer riba yang dipinjamkan, akhirnya kelima-lima bab tesis aku lakarkan pada dinding monitor komputer ribanya. Atas kapasiti setiausaha kelab yang selayaknya dipegang oleh wanita ungggul ini InsyaAllah akan memacu kepada satu sistem yang lebih bersistematilk.
“Ya Allah semoga keberkatanMu mengiringi setiap langkahnya, jadikan ia wanita yang tabah menempuh arus hidup ini, salami jiwanya dengan ketenangan kalimahMu, berilah ia keimanan walaupun secebis daripada iman Khadijah r.ha, Fatimah Az-Zahra r.ha, Iman Aisyah r.ha dan setidaknya iman Sumayyah r.ha dan iman Rabiatul Adawiyah r.ha. Ya Allah, mudahkan setiap pergerakannya, lindungi setiap tutur katanya agar menjadi sinar dan nur kehidupan akan datang untuknya dan anugerahkan ia dengan jejaka yang sekufu dengannya. Bahagiakan ia dengan sakinah dalam mahligai dunia dan akhirat yang bakal didudukinya. Sekiranya dia ditimpa musibah jadikan pertolongannya sesama insan sepertiku sebagai asbab untuk menarik nusrahMu. Amin.”







Akhirnya sahabatku Zarul, helmy, Suhaimi, Kazaruddin, Amir junior, Yusuhairi, Henry, Rosmini, Nadia, Kadir, Faizal, Nuha, Nurjan, Asmadi, Almu, Din, Kak Aini, Salamak, Koleng dan semua sahabatku. Sokongan moral yang diberikan sepanjang menempuh tomahan untuk melangsaikan tesis ini amat diamati untuk meneruskan tarian jari jemari di atas huruf-huruf yang setia dan tersedia di atas pad kekunci.
Ya Allah, aku sangat mengakui betapa indahnya jalinan ukhwah yang Kau cipta untuk manusia seluruhnya. Engkau makbulkanlah setiap doa mereka, Engkau perkenankan hajat mereka dan Engkau tunaikan setiap permintaan mereka. Andai mereka dalam kesusahan dan alpa untuk mengingatiMu Engkau jadikan saluran kebaikan mereka untuk mereka tidak leka bermunajat mendamba bantuanMu. Ya Allah aku sangat menyayangi mereka, kau jadikanlah mereka hambaMu yang taat mentaati setiap perkara yang kau arahkan dan meninggalkan segala larangan yang kau larangi. Pagari nafsu mereka dengan keimanan dan serikan wajah mereka dengan keserian nur ketaqwaan. Amin.
Hidup adalah satu anugerah untuk dirancang oleh manusia seperti aku. KetentuaanNya memang yang terbaik untuk kita semua. Musibah yang melanda kalau difikir secara positif dan baik sangka pada Ilahi pasti akan hadir senyuman yang manis kelak. Segalanya aku redha. Akhirnya AlhamduliLah.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>





Astaffirullah ala’zim, Astaffirullah ala’zim, Astaffirullah ala’zim

Kalau seni debat itu indah kenapa ada yang asyik mencerca,
Kalau seni debat itu indah kenapa ada yang asyik melahar tak sudah-sudah,
Kalau seni debat itu indah kenapa ada yang merajuk sana sini,
Kalau seni debat itu indah kenapa ada yang sakit berpanjangan,
Kenapa ada tangisan kedukaan, kenapa ada yang terundur demi kepentingan diri,
dan kenapa ada mengundur sebelum waktunya,
Kenapa ada yang menahan amarah, kenapa ada yang meluahkan rasa dendam,
Debatkah pencetusnya?????
Debatkah arus penyebabnya????
Debatkah yang jadi gurunya???
Mengajar huruf A sebagai pelahar yang baik
Mendidik huruf B sebagai tonggang yang longkang,
Mencipta huruf C sebagai Pembina dendam amarah.
Benarkah??????????????
Tidak!!!!!!!!!!



Debat adalah sebuah inspirasi untuk kita mendekatkan diri pada yang Esa,
Menganalisis ciptaan seni berkomunikasi atas tiket luasnya ilmu ciptaanNya,
Menilai dari sudut perspektif yang berbeza untuk mendidik jiwa,
Dan merungkai sebuah fikiran untuk dikupas bersama.
Ukhwah dicipta dengan penuh keselesaan dan gelak ketawa,
Kerjasama dibina dengan fikiran yang sangat terbuka,
Susah, tangis dikongsi bersama-sama,
Debat bukan dunia untuk kita saling bertikam lidah,
Debat bukan dunia untuk kita mencipta sengketa
Mencari musuh, memutuskan silaturrahim
Debat ialah dunia yang dipenuhi dengan lautan ilmu,
Debat juga ada aura untuk memimpin kita menjejaki hidup ini dari serong memilih,
Debat membina tembok keyakinan yang sukar ditembusi oleh mana-mana makhluk,
Realitinya???????????

Kita yang menyemai semuanya
Kita yang mencaturnya
Kita yang menciptanya
Kita yang mencoraknya
Akhirnya...................

Kita jua yang terpaksa akur
Kita juga yang menahan sakitnya ungkapan manusia
Kita juga yang terkena tempias yang sukar dilempiaskan

Wahai sahabat pendebat yang aku sayangi,
Aku kenal erti bahagia di dunia debat ini,
Terima kasih kepada yang menbawa aku ke dalam dunia debat ini ( abg Faizi, Aqilah Hanis, abg Datu, Abg Indra, Hairi, Nadia, Johan, Syahira Idris, dan Rosmini). Mengajar erti sebuah keluarga yang pasang surut namun tetap realistik memperjuangkan matlamat yang sama walaupun dengan cara yang berbeza. Ingat!!!!!!! Kita tetap satu walaupun arah yang kita pilih berlainan laluan. Mana-mana simpang yang kita lalui kita akan tetap bertemu dihujung perjuangan ini. Jangan malu untuk mengukir senyuman bila bertemu meskipun sejarah hitam dan kelam masih bernanah dalam diri. Selagi kita kuat dan
mampu untuk berjuang inilah masam, masin, pahit, manis, dan pedasnya dunia debat.

(”CINTAILAH DEBAT BUKAN PENDEBAT, KALAU AMARAHMU PADA PENDEBAT JANGAN KUBURKAN DEBAT KERANA PENDEBAT TIDAK MAMPU MEMBUNUH SENI DEBAT YANG KITA CINTAI” – adaptasi daripada madah sahabatku Ain Fatihah ketika aku ingin menguburkan debat disebabkan angkara pendebat akhirnya aku tetap bersama debat walaupun menatap karenah pendebat yang beragam analisisnya.)


p/s: gambar ini hanya hiasan semata-mata. cerita kehidupan di bilikku bersama sahabatku zarul dan sebahagian hadiah semasa menyambut ulang tahun ke 23. Sayang: jam tangan
Kaza: baju dan buku nota astro
Hairi: seluar berbunga yang vouge
Amir junior: buku Novel ketika cinta bertasbih dan kancing baju melayu.
Hidayat: Pen Drive
TERIMA KASIH YERRRRRRRRRRRRRR.










4 comments:

shahida nalini said...

debat..debat..debat..huhu, xtau nk komen ape..tahniah sbb lngkah jauh khadapn

Nurul S Othman said...

wah..depan meja zarul letak gambar suksis...aku letak gmbar suksis gak..gmbar sem 1 tp yang pompuan je la....
aiseh byk hadiah ko din..

din aku nak buku aku...nik nur madiha tu..bila nak bag balik ni

Anonymous said...

awk tidak boring ke dgn kehidupan sbg sorg pendebat?

Hamba Ilahi said...

to syahida: iyalah kan dah hidup dalam dunia yang mencabar ini so cerita pun berkisar tentang dunia debat.huhu
tq doakan yek....
moga akan lebih melangkah dengan lebih jauh>>>>>
salam untuk si dia>>

to Puterinurzahra: buku ko tengan dalam perjalanan nak kirim ke sarawak...adus!!!!!!!!!!
hadiah tu hasil doa ko juga kan...teruskan berdoa yek...
gambar tu aku yang letak la....huhu

to Faizreen: boring???? kadang2 tu rasa boring juga tapi kegembiraan mendominasi perkara yang boring. doakan semoga saya tidak fanatik sangat k. moga segala ilmu yang ditimba dalam dunia debat ini di jadikan landasan mengenal Ilahi. tq sudi bertandang ke blog ini. salam perkenalan.he3

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template