Thursday, September 3, 2009

BUAH KESERONOKAN DAN BENIH KEKESALAN


Terbitnya cinta bersulam duka, suka dan gembira diiringi sedih, bahtera yang buat aku tersenyum rupanya diselit titisan air mata, aku ketawa dan menari dengan rentak irama keseronokan, dan akhirnya langkah tarian aku terhenti untuk aku menafsir kejora percaturan Yang Kuasa. Aku sedar dan megerti betapa perancanganku yang indah ditentukan dengan ketentuan-Nya yang lebih indah. Aku mungkin kecewa dalam kekesalan mencari makna kejadian. Aku tewas dengan perasaan dan kata-kata manusia. Aku jadi takut meneruskan mahligai yang kudamba untuk aku berseronok. Aku ingin jawapan atas perkara yang membuat aku dingin untuk tersenyum. Banyak perkara yang berlaku membuat aku makin kuat dan tabah mengharung arus hidup selaku insan pencinta Pencipta cita-cita cinta. Aku bertanya pada diri adakah keseronokan yang kukecapi sebelum ini impaknya kekesalan yang kurasai kini, adakah kekesalan ini mematikan kenangan keseronokan yang kunikmati dulu, adakah aku perlu berwaspada agar aku tidak terlalu seronok kerana akhirnya aku akan kesal, adakah kekesalan ini untuk aku nilai keseronokan dari perspektif yang berbeza. Tidak!!!!!!!! Aku tidak akan berhenti mencintai keseronokan itu, aku tidak menafikan kesal ini lahir dari seronoknya aku, tapi aku tidak adil kerana membuat kesimpulan keseronokan inilah punca aku kesal hari ini.


Keseronokanku bermula di sini….

Aku dan beberapa sahabat yang lain pergi menongkah badai perjalanan selama lebih kurang 2 jam ke bumi Universiti Teknologi Petronas UTP bagi pertandingan Debat Alam Sekitar. Mencari sinar agar terubat duka di debat Fomca dan Perpaduan. Rumusannya lebih teruk lagi. Mungkin kita perlu belajar sesuatu atas kekalahan kali ini. Aku yang pergi atas kapasiti pengiring sempat menghabiskan masa dengan berceloteh sana sini bersama junior-junior yang sememangnya tidak boleh dinafikan ketongkangan mereka. Aku jadi ketua tongkang sepanjang di UTP. Habis semua perkara kami kongsi. Selepas berakhirnya perjuangan penerus gemilang debat UPSI di arena debat, aku dan beberapa pengiring lain cuba menebusnya di dalam pertandingan Nature Hunt yang turut dipertandingkan pada waktu itu. Kalah teruk juga. Tapi kekalahan ini sangat seronok….betulkah keadaan ini?. Percayalah. Yakin sahaja. Kenapa? Kami dapat berhibur bersama dengan semua peserta. Kemenangan mereka dirasai bersama. Kami main connection yang merupakan perkara baru dalam hidup kami. Seronok memperbodohkan orang dengan aktiviti ini. Keadaan makin seronok apabila pegawai pengiring membawa rombongan kami untuk melihat wayang. Seronok dan kelakar melihat cerita Skrip 7077. Mana tidaknya bila bawa Afiz tengok cerita seram cerita tu jadi lawak dengan jeritan batinnya. Sebelum itu kami sempat berkaraoke bersama-sama. Kedua-dua dunia ini adalah baru bagi aku. Jujurnya aku tak pernah masuk panggung wayang dan berkaraoke dengan perempuan yang bukan muhrim. Tapi atas tiket debat aku merasa semua ini. Apa yang pasti, aku masih menjaga batas yang ditentukan oleh syarak. Di sinilah aku, Faizal, Kader, Afiz, Amy dan Amir berseronok sakan. Tahniah buat UPM dan MMU yang mencipta sejarah dalam debat Alam Sekitar kali ini. InsyaAllah tahun debat UPSI mengambil alih. Amin.


Tergoda ingin memenuhi tawaran pidato…

Alhamdulillah setelah berehat beberapa lama dalam dunia pidato aku menerima satu lagi tawaran istimewa untuk mewakili universiti dalam pertandingan pidato Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat IPT. Aku dianugerahkan teman yang kukira akrabnya kami seperti si adik yang lahar dan si abang yang lagi lahar. Dia bertepuk memberi suntikan sokongan dan aku memekik melaung semangat berkata. Melaka Internanational Trade Centre, MITC jadi saksi sejarah keseronokan yang diberi Ilahi. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari bermula 10 Ogos 2009 sehingga 11 Ogos 2009. Seramai 17 orang peserta daripada pelbagai Universiti telah mengambil bahagian. Pertandingan ini berlangsung dalam dua peringakat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir. Dengan tajuk “ Pertanian asas ekonomi negara” aku berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir setelah mengungguli peringkat saringan bersama peserta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia, dan dua peserta tuan rumah iaitu Universiti Teknologi Mara cawangan Melaka. Peringkat akhir menyaksikan lima finalis berentap.


Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah, bakal isteriku, sahabat-sahabatku dengan tajuk “Konsep Pertanian Baru Lebih Menguntungkan Petani” telah meletakkan gelaran naib johan menjadi milikku. Ya ini adalah kali pertama aku mendapat tempat setelah beberapa pertandingan pidato yang kusertai di universiti. Azamku untuk mengharumkan nama Universiti di arena ini tercapai jua. RM1200, Sijil dan Trofi telah kurangkul selaku naib johan pertandingan tersebut. Dengan keputusan ini, UPSI telah berjaya meletakkan nama dalam arena Pidato sekaligus inilah rekod dan pencapaian terbaik UPSI dalam arena pidato. Semoga dengan usaha gigih anak jati Ibu Kandung Suluh Budiman InsyaAllah juara akan tercipta di arena ini. Aku kembali dengan penuh kesyukuran. Seronoknya tiada ungkapan lafaz.

Keseronokanku ikuti dengan pengembaraan ini....

Atas dasar semangat perdebatan dan nilai persahabatan, sungguhpun bas akan bertolak dalam 5 minit lagi, aku bergegas menyiapkan diri untuk bersama-sama Johan, Aini, Baihaqi, Nadia, Suhaimi bagi melakarkan sejarah di bumi Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Terima kasih kepada amir yang melipat bajuku dan Aini yang melengahkan masa perjalanan. Ya memang sejarah telah tercipta. Sorakan kemenangan IPPMM yang mengalahkan UPSI betul-betul mengajar kami untuk berfikiran positif menerima kekalahan. Ya setelah menanti lebih 20 tahun untuk menjunjung piala Debat Munsyi akhirnya senyuman terukir di wajah pendebat-pendebat IPPMM. Bukan ini yang kukatakan keseronokan itu. Keseronokan lahir bila aku dan sahabat-sahabatku saling berkongsi rasa, mengikat jiwa untuk berpadu demi satu istilah perjuangan. Semua berkorban bersengkang mata namun tetap bergelak ketawa dan tersenyum menanti kemuncak esok. Walaupun rezeki bukan milik kami, namun hadiah yang intim ini lebih bererti. Kenangan yang sangat seronok membawa kami belayar bersama pendebat MMU di bumi warisan dunia untuk melihat dan meninjau khazanah sejarah sehingga maghrib menegur. Pemandu bas yang sangat memahami menghangatkan lagi suasana keseronokan di bumi Melaka. Nazwan dan Myer Aiman yang kelakar menceriakan keadaan yang sudah tersedia seronok. Bergambar dan bersuka hampir di setiap sudut mengiurkan untuk melupakan kekalahan semalam.


Keseronokan diteruskan di bumi USIM...

Lebih kurang pukul 3 pagi aku menerima satu mesej berhantu daripada pendebat yang sedang melakar nama dalam dunia perdebatan. Jujurnya aku kagum dengan semangatnya yang kental dan iltizamnya berkorban untuk mencipta kejayaan Ibu Kandung Suluh Budiman. Ya baru beberapa hari di timpa masalah dan sengketa yang tiada penghujung, dia redha dan akur dicampakkan kemana-mana posisi. Semangatnya membuat aku terfikir bahawa perjuangan dalam apa perkara pun memerlukan pengorbanan. ” afiz nak jumpa ada hal nak bincang”. Mesej ini bertali sehingga aku bersemuka dengan Hafizuddin. Akhirnya apa yang aku duga memang realiti. Dia memaksa aku menggantikan posisinya atas tiket menghormati keputusan jurulatih pada awalnya dan melihat keperluan pasukan. Mulanya aku takut menyahut cabaran ini. Aku masih terfikir untuk menuruti nafsu atau tidak. Sehingga pukul 12 tengah hari aku tidak lagi menyiapkan apa-apa keperluan untuk mewakili UPSI bagi debat kemerdekaan menggantikan posisi Hafizuddin. Dalam keadaan aku berfikir untuk pergi atau tidak aku dikejutkan dengan mesej menyeramkan. ”afiz tak leh pergi tugasan afiz kena tolak oleh pensyarah dan afiz kena hantar esok pagi juga”. Lantas keadaanku yang berbaring menanti sahabat sebilik untuk solat Jumaat terpanggil untuk mengemas segala keperluan bagi berentap di bumi USIM dalam debat kemerdekaan. Sahabatku Zarul jadi saksi betapa aku kelam kabut sebelum dan selepas solat Jumaat menyiapkan segala keperluan untuk menjunjung aspirasi UPSI yang pernah dilakarkan dalam debat kemerdekaan ini. Keseronokan tercipta di bumi ini apalagi dengan kehadiran Zack dan Vivet. Suasana sanagat hangat meskipun kadang-kadang kekecewaan kekalahan menghantui. Kedua-dua pasangan kelakar ini benar-benar menjadikan alam perdebatan alam yang seronok. Makan ketawa, debat ketawa, berbincang ketawa dan semuanya disulam dengan gelak ketawa. Walaupun disentap untuk berhenti ketawa namun sentapan itu juga jadi bahan ketawa. Hanya yang merasai dunia di USIM percaya kami semua seronok. Pn Hayati selaku pegawai HEP juga turut menghangatkan suasana. Ingat lagi bila Pn tak dapat habiskan makanan kerana terlalu seronok mendengar cerita Vivet yang lucu, Zack yang hampir menghemburkan makanan kerana cerita lawak aku tentang vivek, Siti Habibah yang tak dapat menahan ketawa kerana menu restoran yang termuat dalam begnya angkara vivet, di tambah pula McD tempat mengungkap kesimpulan perdebatan di USIM, dan macam-macam gelagat yang menjustifikasikan bertapa alam ini penuh keseronokan. Sehingga kini bahang keseronokan itu masih terasa. Kekalahan kepada IPPMM dan UNITAR menyedarkan dunia perdebatan yang makin ramai pesaing hebat. Tahniah buat MMU dan UTP yang mencipta kejora dipentas Final.


Keseronokan belum berakhir...

Perjuangan mencipta visi Universiti masih aku teruskan dalam pidato kemerdekaan bersama seorang srikandi kecil bagi menebus kekalahan di arena perdebatan. Alhamdulillah srikandi ini berjaya mendapat tempat ketiga dan aku hanya mampu bersyukur dan redha dengan ketentuan Ilahi. Di sini tiada rezeki buat aku. Keseronokan bersama pemidato-pemidato yang tewas di peringkat separuh akhir mengingatkan aku betapa tingginya nilai ukhwah ciptaan Ilahi. Syukran buat Adam UMP, Hakim UTHM, Anuar UKM, Saufi UUM, Zaini USIM dan sahabat-sahabat lain daripada universiti seluruh Malaysia yang mengikuti pertandingan ini. Sogo betul-betul jadi hangat malam aku dan teman-teman ini berkunjung. Beberapa lagu kami nyanyi bersama sambil ditemani gelagat ligat Hakim dan Saufi. Hehehe gelagat itu biarlah aku dan mereka sahaja yang tahu. Satu kisah yang membuat aku terfikir seketika dengan suasana nagara Islam Malaysia ialah sewaktu aku berjalan bersam Yap (USM) di lorong menjual pakaian terpakai Chow Kit. Aku dipaksa untuk melanggan minah Sabah dan Indonesia oleh seorang lelaki Cina yang pada perkiraanku dalam lingkungan 30an.

Aku yang mempunyai iman setipis ini hanya menolak dengan mulut tetapi tidak terdaya untuk betlaku kasar menggunakan kudrat yang ada. Aku bersyukur malam itu Yap yang meningalkan aku seratus meter ke hadapan menyedari akan perkara tersebut lantas berlari anak menolong aku yang sedang dipegang erat oleh lelaki cina tersebut. Akhirnya terlepas, dan aku lari bersama Yap. Sukar nak percaya tapi inilah hakikatnya. Malam tu jadi suram dan aku trauma beberapa minit. Tidak pernah dalam sejarah aku dipaksa melanggan pelacur. Banyak tawaran yang diberikan tapi aku masih pertahankan kesucian demi sebuah mahligai yang bakal kudirikan kepada srikandi Tawau yang tidak mahu didedahkan namanya. Ingatkan aku boleh membeli beberapa helai pakaian tapi aku dan Yap tak dapat beli satu helai pakaian pun. Ini bukan satu keseronokan!!!!!!!!!! Apa nilai keseronokan ialah kisah di waktu siangnya bersama hampir semua peserta pidato yang mengikuti pertandingan ini. Kami pergi tengok wayang cerita SETEM dan bermain boling. Walaupun kumpulan aku kalah tapi kami tetap vouge malam tu. Perjalanan sehingga larut malam berbayar dengan keseronokan. Tahniah buat Ikhwan USIM yang menjuarai pertandingan ini.


Debat Ibadat di UiTM Shah Alam....

Oleh kerana malam untuk menentukan posisi bagi debat ibadat di UiTM belum ditentukan, aku atas tawaran wanita unggul UPSI, Aini menyulam kemalasan berjalan mengusung beg-beg bahan kelab debat berhimpun untuk menentukan posisi debat untuk program ini. Pada awalny aku tidak berniat untuk pergi kerana banyak perkara yang aku ingin selesaikan dan masih tertunggak. Bila dah bersama pasukan debat aku terliur untuk bersama-sama mereka apalagi keadaan mereka yang akan pergi tanpa seorang senior pun. Kesian juga aku. Tapi aku tak rugi kalau pergi. Inilah hikmahnya. Banyak ilmu dan seni perdebatan yang kukutip untuk kutitipkan dalam arena perdebatan kelak. Ceramah daripada mereka yang berpengalaman dan lali dengan kemenangan di arena perdebatan betul-betul aku semat untuk dijadikan senjata dalam perdebatan nanti. Segmen yang santai membuat program ini semakin bermakna dan sangat seronok. Aku sempat diberi kepercayaan untuk menjalankan aktiviti teka usul kepada semua peserta junior yang ada. Seronok juga. Sebelum itu abg Bad dan beberapa alumni debat menganjurkan permainan tukar perspektif. Lucu juga ragam pendebat pagi itu meskipun malam tadi berQiamulail dan berdebat sehingga waktu Subuh. Aku Razi dan Faizal sempat berkongsi cerita bila masa lapang bertandang. Banyak juga cerita yang kami kongsi bersama. Harapan untuk melihat kelab dapat mencipta nama seperti yang telah dilakar oleh 3 srikandi dan diva debat UPSI perlu digarap semula. Mungkin selepas ni oleh 3 JEJEKA pula.amin.

Puas aku mengembara kini aku kembali ke bumi tempat aku di hantar oleh kedua Ibu bapaku bagi menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan negara. Kali ini aku tekad beranyam semangat untuk memfokuskan pada pelajaran yang telah lama aku tinggalkan.



Kekesalan bermula angkara mulut….

Ya kata orang mulut lebih tajam daripada segala benda yang tajam di dalam dunia ini. Mulut juga mampu menyebabkan perkara yang kecil menjadi sebesar bara akhirnya menyala marak membakar iman lalu sengketa tercetus. Memang kita berhak untuk berkata. Namun Allah s.w.t juga menggesa untuk kita menjaga lidah kerana amarahnya lebih daysat daripada pembunuhan. Kalau perkara yang dikatakan benar maka mengumpat dan kalau tidak benar jadi fitnah. Kedua-dua perkara ini dalam kategori dosa besar. Benarlah apabila Allah s.w.t menetapkan bahawa dosa pada manusia hanya terampun dengan kemaafan. Siti Fatimah pernah tawaf keliling Ali r.a atas kesalahan kecil namun, redha jika itulah jalan untuk suami redha akan kesalahannya. Aku bukan pergi atas kapasiti aku benci akan ilmu, aku menghilang bukan atas kapasiti aku malas untuk datang ke kelas dan aku tiada bukan atas kapasiti aku ingin mengejar populariti. Sebaik sahaja aku melangkah di kampus kesayangan atas tiket dan naiwaitu untuk menambah ilmu diminda, aku disapa dengan seorang teman perempuan.


Benarkah din kamu dah tak pergi kuliah lagi?

Benarkah din kamu dah di bar dari ambil peperiksaan?

Dah lah din jangan berdebat lagi…

Hentikanlah semua ini kan sem ni kau sibuk dengan tesis!!!!


Hu……aku menarik nafas. Aku tak dapat apa-apa maklumat pun yang aku di bar dari mana-mana peperiksaan. Aku dah mula mencari bahan untuk tesis sepanjang 2 minggu cuti sem lepas. Proposal pun dah diluluskan. Tinggal aku nak siapkan bab 2 dan seterusnya. lagi pun tesis ni akan dihantar minggu ke empat belas. Panjang juga aku menerangkan agar tiada apa yang disangka buruk oleh teman perempuanku ni.


Tapi kata si d**** kamu kena bar sebab malas datang kelas dan terlalu taksub dengan debat.


Aku akur akan apa yang dikatakan, ya mungkin aku terlalu taksub hingga lupa matlamat aku datang ke UPSI. Aku gigih juga melangkah ke kelas yang aku tak datang sepanjang aku melayari bahtera perdebatan dan pidato. Biasalah semua pensyarah akan minta surat pengecualian. Aku berjanji akan bagi dalam masa terdekat. Maklumlah hal-hal yang berkaitan pelajar bagi tujuan debat dan pidato ini akan diuruskan oleh setiausaha kelab dan didokong oleh penolong pendaftar HEP. Bila tiba di hadapan pintu utama KUO aku disapa lagi oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu tengahari.


Kamaruddin!!!

Ya kak, kenapa?

Betulkah apa yang kakak dengar kamu di bar dari peperiksaan sebab sibuk sangat dengan debat?

Sayangnya kamukan dah sem tujuh tak baik buat macam tu. Macam mana dengan masa depan kamu?


Hu……

Soalan yang sama untuk hari ni. Kadangkala susah jadi orang dikenali ramai. Mungkin inilah hakikat alam bahawa orang sekitar juga mengambil berat akan diri kita.

Mana akak dapat cerita

Adalah kawan kamu bagitahu

Kak, saya baru sahaja habis kelas ni. Kalau saya pergi untuk mengharumkan bumi kandung suluh budiman kenapa saya kena pinggir oleh apa yang saya perjuangkan. HEP akan selesaikan semuanya.

Terima kasih kak kerana sudi ambil berat.


Malam hari itu aku pergi keluar makan bersama sahabat-sahabat debat. Masa makan kami berborak panjang. Akhirnya sampai ke bab aku.

Din, aku dengar ko dah di bar???

Apa kes ni kawan. Takkan ko nak habiskan episod ke tahap sebegini.

Aku hanya menelan air yang masih bertakung di mulut. Manakan tidak ini soalan ketiga untuk aku pada hari yang sama.


Siapalah manusia yang rajin sangat menyebarkan dakyah ini.

Aku memang tak datang kelas mungkin kerana aku sibuk untuk mewakili universiti. Tapi kau kan kawan aku, sem lepas aku selalu juga tak datang kelas. Nanti HEP akan bagi surat.


Oh… tapi dah ramai yang cakap kau kena bar. Budak kat kelas rasanya dah ramai yang tahu….


Ya Allah s.w.t aku bermohon atas kekuatan dan kebesaranMu untuk kau melindungi aib hambaMu ini. Kalaulah benar aku akan di bar aku harap tiada siapa akan mentafsir ini adalah angkara debat. Kazaruddin dan Muzaffar yang dalam dunia debat pun dapat berita akan kemalasan aku masuk kelas. Pernah juga aku berfikir kenapalah mereka tidak menepis epilog dadi jarum ini sedangkan mereka mengerti akan alasan kenapa aku tak hadir kelas dalam beberapa minggu. Cukup!!!!


Kepada sahabat-sahabat yang prihatin aku mohon agar hentikan semua tohmahan dan herdikan ini. Aku hargai sikap yang terlalu ambil berat akan pelajaran dan masa depanku tapi ini juga boleh melemahkan aku untuk terus mendaki puncak bergelar graduan. Jangan sebarkan lagi sekalipun ianya benar berlaku.

Kepada sesiapa sahaja aku berharap korang doakan semoga aku tidak akan di bar oleh mana-mana pensyarah di detik-detik getir untuk aku tersenyum bersama keluarga. Memang aku akui aku tengah berjuang mempertahankan maruah agar tidak di bar. Sekarang keadaan semakin baik kerana surat daripada HEP yang ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor telah selamat sampai ke pejabat pendaftaran, ke bahagian Akademik UPSI dan ke tangan semua pensyarah yang aku sayangi. Lama juga aku mengambil masa berdepan dengan birokrasi dan memuaskan hati semua pihak. Sekarang menanti surat daripada Bahagian Akademik UPSI untuk diserahkan kepada pensyarah minorku.


Kekesalan ini biarlah begini….

Aku pernah ungkapkan kaulah adik yang baik untuk aku. Aku akui laharnya kau memang menusuk kalbu, aku terima hakikat demi sebuah jalinan yang kita cipta. Aku belai bagaikan adik kerana aku sangat mengerti akan situasi yang melanda. Segala masalah aku dengari meskipun aku tengah berada dalam permasalahan yang lebih berganda besarnya juga kerana jalinan yang kita cipta. Kita menyanyi, menari, ketawa, mengumpat dan pelbagai perkara bersama. Sakit aku jaga. Bukan mengungkit tapi inilah nilai sayang sebagai abang. Aku senyum walaupun sakit hati ini menebal menanti. Mimik muka kemarahan aku kuburkan walaupun ditengking dan dimalukan. Antara kita sudah tiada jurang senior atau junior lagi. Kau boleh sahaja membuat sesuka hati yang kau mahu hatta untuk mengejar dan melucutkan pakaianku ketika aku hanya bertuala. Bukan menjengkelkan sesiapa namun inilah bukti keakraban yang tinggi nilainya. Ketawanya dia buat aku sejuk dari api kemarahan. Luahan masalahnya jadi masalah yang perlu aku selesaikan. Makan minumku juga jadi persoalannya. Cerita aku dengan insan yang kusayangi H****** juga jadi cerita kita, impian dan cita-cita kita lakar bersama. Meskipun aku lagi satu sem dan dia baru sem satu di bumi kandung Suluh Budiman namun, itu bukan jurang untuk kita tetap bertepik dan melolong. Pakaian aku juga mungkin jadi pakaianmu….

Bila imbas dan imbau kembali memang sukar untuk dipercaya, macam adik beradik dari susu yang sama. Kini.???? Aku tinggalkan semuanya bukan kerana marah tapi kerana nilai yang dicipta hanya aku yang menghargai. Sekali mulut ni tidak pernah mengherdik dan menengkingmu apalagi marah dan meradang untuk perkara yang remeh. Sekalipun aku hipokrit dalam pergaulan ini semuanya kerana menjaga keakraban sebagai abang yang dikagumi. Bukan untuk menonjolkan diri ini sebaik malaikat tapi merungkai perasaan yang aku ingin dimegerti. Jangan lagi kau pernah hadir sebagai adik aku. Jangan kau pernah laungkan kebahgaian yang kita cipta. Sejarah semuanya. Aku tetap tersenyum dan ketawa namun bukan seperti dahulu. Aku boleh berbicara dan berbincang bukan sebagai abang tetapi sebagai seorang senior. Teruskan langkahmu mengejar kejora kejayaan. Aku tidak lagi mendambakan apa-apa walaupun secebis cuma. Sentiasalah menghargai sesuatu sebelum pergi tak diduga. Kepada pembaca ini bukan luahan perasaan namun inilah isi hati yang akan melakar dan merayap menjadi sebuah epilog untuk kita kongsi bersama. Jangan menafsir sesuatu yang boleh menjerumuskan kalian kelembah dosa.


Kekesalan ini bukan kupinta…

Aku mengadu pada orang-orang yang kusayangi bagaimana hendak melangsaikan pembentangan pada dua waktu yang sama dengan tempat yang berlainan. Malam itu aku buat persiapan untuk kedua-dua pembentangan yang penting buatku. Prof kata ini bukan masalahnya. Memang benar. Tapi memberi masalah kepada orang lain termasuk aku. Percayakah anda, kelas ganti dibuat dengan autokrasi tanpa kompromi. Pagi Rabu pukul 10 pagi sehingga 11 pagi aku ada pembentangan untuk subjek Sejarah Asia Timur. Kebetulan giliran untuk kumpulan aku membentang. Aku orang yang ketujuh mengikut pembahagian subtopik esei yang diberi. Dalam waktu ini juga aku kena membuat pembentangan bagi subjek Asia Tenggara yang dibuat secara mengejut bagi menggantikan kelas akibat cuti kemerdekaan pada hari isnin. Hari itu aku berdoa agar semuanya akan berjalan dengan baik. Aku takut untuk memberi kos lepas antara salah satu subjek yang perlu untuk aku bentang bersama kawan seangkatan. Aku bersyukur mereka semua memahami keadaan aku. Setelah membentang bagi kelas Sejarah Asia Tenggara di bangunan pueple berdekatan banguan Malim Sarjana aku terus bergegas dengan kelajuan yang tinggi untuk pergi ke Makmal Sejarah 3 bagi pembentangan seterusnya. Lebih kurang satu KM. Hu…. Letihnya. Tetap berpuasa. Hampa. Kelas dah nak berakhir. Apa yang aku nak bentang dah dibentang oleh kawan-kawan sekumpulanku. Dalam keadaan letih dan diketawakan rakan sekelas dek kerana masuk sangat lewat, aku kuatkan jiwa menahan segalanya. Tebal muka ini Tuhan sahaja yang mengerti. Aku bersyukur kerana diberi juga peluang untuk membuat ulasan terakhir berkaitan pembentangan hari itu. Kata pensyarahku “2 markah” itupun markah kesian baik daripada kosong. Sedih. Sabar. Syukur. Balik bilik aku baca Al-Quran untuk meruntunkan hati yang sedih. Biarlah ketabahan ini menjadi perangsang untuk aku menghabiskan sisa di bumi ilmuan ini. Aku sedih kerana masa ini sebegini rupa. Aku kesal kerana kau tidak diberi peluang untuk membentang apa yang aku dah bersedia untuk bentang.


kini......

Alhamdulillah dengan kudrat Ilahi aku yakin aku boleh menyelesaikan kekasalan yang semakin kusut ini Aku hanya pinta sokongan dan doa daripada kalian. Dalam aku berduka ada insan yang datang bertandang meskipun aku tidak pernah mengundang namun atas prisip sayang mereka hadir. Aku bersyukur punya mak dan ayah serta adik beradik yang banyak memberi semangat untuk aku tidak tunduk dan mengalah pada sesebuah cabaran hidup kerana kita mempunyai Tuhan yang amat mengasihi hambaNya. Nilai kasih Tuhan inilah yang akan membawa aku untuk lebih kuat menyelak kehidupan. Aku hargai pengorbanan H****** selaku bakal teman hidupku kelak. Insan yang menjadi sumber kekuatan aku di sini. Banyak memberi inspirasi. Walaupun seribu masalah datang tetap memahami. Dunia debat aku yang sibuk tidak pernah dihalang malah digalakkan dan segala kesedihan diubati dengan gelagat manjanya. Segala jasa tetap aku genggam. Duka yang kulemparkan kau tetap setia. Sabar dengan karenahku. Aku tetap cintamu. Chewah….

Untuk kazaruddin, aku sangat menjunjung setiap inci pengorbanan yang kau lakukan untuk persahabatan kita. Jodoh persahabatan ini banyak mengajar aku untuk terus berlari mengejar kehidupan yang bahagia kerana kau selalu memberi suntikan semangat.

Kepada Suhaimi dan Aini yang sangat memahami abang, terima kasih sangat. Keluh kesah abang bersama kita cairkan dengan penyelesaian cara kita. Pengorbanan kalian berdua disaat-saat abang berentap mempertahankan segulung ijazah abang sangat hargai. Abang minta maaf kalau banyak menyusahkan kalian. Abang juga tahu kalian sibuk dengan tugasan dan urusan sebagai pelajar dan hamba Ilahi namun, tetap meminjamkan abang komputer riba bagi melangsaikan tesis dan tugasan agar tidak mencari bahan membuktikan kemalasan abang. Kepada Hairi dan Barak terima kasih kawan atas segala urusan yang kalian selesaikan, kepada Aisyah syukran atas perangsang dan tugasan kumpulan yang diselesaikan. Semoga Ramadhan memberi cahaya keberkatan untuk kalian semua.


Setelah aku letih berkongsi figura rasa, aku sangat berharap keseronokan antara sesama manusia mendapat keredhaan Ilahi dan bukannya mengundang kemurkaan-Nya. Kekesalan ini lumrah alam ciptaan-Nya. Teruskan berdoa sesama kita. akhirul kalam, salam Ramadhan untuk semua.

















9 comments:

aineeA.S said...

sabar kama..
pjalanan dh x jauh.
next year nk konvo dh pun!
teruskan usaha bro! (:

ninim said...

Mulut...ALLAH kurniakan satu agar manusia ini snetiasa menjaga apa sahaja yang keluar daripadanya..agar apa yang keluar menjadi amal bukanlah mencipta azab yang bakal kita terima di sana nanti...

Semoga Abang Din ini terus teguh melangkah biar apapun yang bakal mendatang...InsyaALLAH pengalaman2 ini bakal menjdi pengalman yang bermakna dan berguna tatkala kita terjun dalam profesion sebenar..

Andai kita dapat hadapi saat2 getir ini dan mengubat parahnya luka pada hati..kita sudah berjaya....berjaya mengawal emosi..berjaya jua menghadapi semuanya dengan tabah..

Semoga si dia abang Din memahami abang Din..

Bak kata cikgu aini dulu

Kalau kita buat betul pun orang akan kata...kalau tak betul pun orang kata kerana itulah lumrah hidup...dan tak pernah berakhir sehinggalah kiamat

semoga ALLAH sentiasa bersama kita dan merahmati kita semua

NuHaA said...

nwey..gud luck din..
moge2 kau sentiase dilindungi-Nya..
insyaAllah...

shahida nalini said...

abg kama...sbr ek....jgn give up...smoga sem akhr kat upsi ni dpt dteruskan dgn baik.. :)

F.Aminurrashidd said...

huhuhuu~ (speachless)

neem said...

^^

ada gmbar budak unitar~ wahuu

satriyanie.... said...

assalam din...wah2 leh kah aku kenal bakal isteri mu tue...apa2 pon sbagai kawan aku doakan kebahagian ko dunia n akhirat... hahah...sapalah yg kat kelas cita bukan2 kat ko nie...mcm ku kenal jak orng tue.hihihi

satriyanie.... said...

..........

Norhafsham said...

sabar k
walaupon aku bkn ditempat ko
to aku boley rase pe yg ko lalui tu
tuhan je tau perasaan ko waktu tu...
pepehal pon namo cedey2 k...aku da ucapan raya tok ko
to ko singgha then comment back k..10Q

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template