Sunday, July 19, 2009

MINDAKU BERASAP LEPASKAN KEPEDASAN MEMORI

Biarkan aku mencari sedikit ruang dan waktu agar puitisnya minda mentafsir kejora kehidupan…
Biarkan aku mencuba sedikit kudrat yang ada untuk melakar lagi selautan kepanasan sangkar kefanaan…
Biarkan aku menyelami ruang lingkup hati kecil insani agar waspada akan permainan bodoh duniawi…
Ah….. ruang minda terlalu kecil mentafsir puitisnya hidup kepalang…
Ah….kudratku terlalu lemah melakar fana dunia yang mengelegak bukan alang-alang…
Ah… kebijaksanaanku terlalu dangkal mencatur hati kecil insani yang terlolong-lolong….


Salam buat kalian yang sudi untuk manatap celoteh sanginsankerdil setelah seabad mendiamkan diri tanpa perkongsian bebelan sanubari. Terlalu banyak yang hendak kukongsi semenjak mengosongkan ruangan ‘kesayangan’ penceloteh sepertiku. Tatkala rakan-rakan dan sahabat sepermainanku sibuk melakar pelbagai kisah aku hanya memendamkan dan hanya meluahkan kepada diri yang lebih memahami tututan jiwa yang kerdil. Hari ini sahaja aku belajar untuk mententeramkan jiwa setelah semalam bergelora dengan sedikit persoalan yang masih aku tinggalkan tanpa jawapan. Kisah ini antara aku dengan insan yang sedang hangat kusayangi sebagai penghias syurga duniaku kelak. Kadang-kadang ada masalah yang tak perlu penyelesaian dan perlu berlalu begitu sahaja tanpa ada noktah persoalan.
Apapun aku tidak akan menyesal dengan apa yang terjadi dan kesilapanku semalam mungkin lebih mematangkan aku untuk bersuara dan melalui hidup Ini. Kedangkalan aku terjun dalam dunia seni percintaan sesama insani akhirnya membuat runtun jiwaku bercelaru. Alhamdulillah insan yang bernaung di minda ini memahami dan bisa mencairkan jiwaku untuk terus tenang melayari bahtera kehidupan. Aku juga bertanya adakah titisan air mata menahan bahana kecewa di pipinya semalam akan berulang lagi atau tidak. Aku akui sedih yang mencengkam hati ini baut aku makin parah dengan kesakitan. Aku jua akui inilah balasan bagi insan sepertiku yang hanya tahu menongkah kejernian cinta dengan andaian semata. Aku silap mencatur lumrah berkasih.
Ah.........aku tinggalkan dahulu kisah ini untuk aku mengupas dan mengimbas apa yang ku simpan dan perlu untuk aku muntahkan.

Celoteh pertama aku singkap kisah lapok sewaktu aku giat menelaah bersama teman-teman. Alhamdulillah berkat doa dan semangat yang disalurkan akhirnya keputusan yang baru untuk sem 7 ni membuahkan sedikit keazaman untuk mendidik anak bangsa kelak.


Dayat jangan merajuk lagi yek. Ala soryla aku memang lahar sikit. Barak nanti jangan lupa bawakan kedondong asam untuk aku lagi, untuk yus dan henry dah lah jangan fanatik sangat dengan politik. aku yang parti bebas ni dah pening dengar hujah sindiran korang. papun tahniah untuk henry yang menang di manek urai. yus cuba lagi!!!!!!!!!!!.bah.


Celoteh kedua pertandingan pidato Rakan Muda. Sekali lagi aku hambar dengan keputusan juri. Namun misi untuk terus belajar masih aku genggam erat dan aku layarkan untuk pendakian yang sememangnya hujungnya tidak diketahui. Memulakan langkah dengan kelantangan minda aku terjun bersama beberapa rakan pemidato lain ke pentas akhir.
Rezeki bukan milikku lagi. Kesabaran yang tinggi aku lambung lagi untuk menelan keputusan juri. Ya biarkan aku terus bermain dengan dunia kesabaran. Kepada sahabat yang berjaya aku doakan semoga kejayaan ini tidak akan terhenti. Buat hidayah utm dan mizan utm terima kasih atas dorongan yang diberikan meskipun diri kecundang untuk merangkul apa-apa hadiah. Kepada afiz usm, 'hai pemuda usm', fazli usm, sabri uitm, fairul, dan kengkawan yang lainnya terima kasih bangat atas sokongan. lain kali kita jumpa lagi. Kemenangan yang afis usm berikan adalah suntikan yang akan kubuktikan. amin.

Celoteh ketiga debat integriti di UTM. Kudrat untuk menganalisis dan memuntahkan idea bidasan makin bercelaru dan entah apa-apa. Komen juri sememangnya buat aku lemah dalam kelemasan membidas. sesekali aku luahkan kepada insan yang kukira kawan namun tak pernah memahami dan timbal baliknya dia bosan dengan perkara yang acap kali kutanya selepas berdebat. Pahit bila dikenang semula debat yang mencairkan deraian harapan pejuang dan pencinta debat dari diva sehingga si kucil macam aku.
kini...azamku kuat menelan kepahitan untuk menyusuri keceriaan dengan kemenangan. Melihat sahabat-sahabat yang makin lantang dan lincah di pentas debat aku makin terangsang mengenggam impian yang pernah aku lakar dalam impian yang inginku gapai. Aku tahu mak dan ayah tak pernah berhenti mendoakan untuk kejayaan anaknya di perantauan ini.



Celoteh aku teruskan dengan Ceritera cuti yang ku habiskan di rumah barakah sahabatku Johairi Rahim di Lanchang Pahang. Penyelidikan bagi tesisku bermula..dengan pengorbanan seorang sahabat dan anak yang kukira satu dalam sejuta insan seangkatanku.
Masa 2 minggu kami habiskan dengan perjalanan seakan-akan wartawan hiburan dalam misi mengupas isu yang kesamaran. Dalam kepenatan aku disajikan dengan senyuman dan gelak ketawa beliau. Masa yang luang aku di bawa bersiar dan memeluk beruang di Greenland yang menjadi tumpuan pelancong. Kesimpulannya sangat mengiurkan untuk aku bertandang sekali lagi. Tak terkata dengan ungkapan kata-kata. jazakalLah buat keluarga Joe yang peramah dan sangat memahami. InsyaAlllah ada rezeki bertandanglah pula ke rumah hamba di hulu Sabah.
Pengalaman yang mengajarku erti pengorbanan ni mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan ILAHI. Sememangnya sukar mentafsir yang tersurat apalagi yang tersirat pemberian ILAHI. Namun atas keyakinan pada segala kekuasaan penentu di tanganNya maka wajarlah tangan menerima segalanya tanpa sebarang pertikaian. Baik mungkin bersifat subjektif kerana ianya tidak mutlak. Kadangkala keburukan membawa sejuta kebaikan yang membuahkan kebahagian dan kebaikan mungkin tersimpan sejuta kepahitan dalam arus kehidupan.


Ceritera tamat latihan SUKSIS dan pentauliahan yang mencabar semangat kejantanan. Aku belajar untuk tidak takut pada apa jua cabaran dunia dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua tindakan dan keputusan yang perlu aku telani. Memang pada awalya aku menyesal menguburkan harapan dan impian untuk mewakili UPSI dalam debat Fomca kerana aku percaya ada rezeki untuk aku. Namun nasihat sahabat untuk aku mengakhiri segala perjalanan dalam Kor SUKSIS membuat aku lebih semangat menjalani latihan yang memerlukan daya tahan pendengaran yang tinggi dan kekentalan mental yang utuh.
Alhamdulillah aku telah berjaya dinobatkan sebagai Inspektor sukarelawan polis siswa siswi. 3 tahun aku bergelumang dengan panas terik matahari dan pergelakan kawat yang menyeronokan. Tiada kata melainkan sekalung kesyukuran bersulam anyaman kebanggaan dengan pengakhiran latihan SUKSIS. Kepada sahabat-sahabatku akan kulakar dengan senyuman setiap detik yang kita patri bersama. Di sini juga aku belajar mengenal diri yang hina dan dina.

Sekarang aku nak kongsi pula ceritera debat PERMAS yang baru sahaja pergi meninggalkan aku.Semangat aku entah tiba-tiba berkobar. Aku sanggup mengenepikan apa sahaja sehingga insan yang kusayangi terabai ”sedikit” demi mengapai bintang. Akhirnya ”kemenangan KUO : bukan menggapai bintang dilangit”. Kejuaraan milik kita.
Apa yang buat aku terharu dan berbaur kesyukuran yang teramat ialah nilai untuk mendapatkan kejuaraan itu. Buat asmadi, fakirah dan faiz yang bertungkus lumus menelaah seni perdebatan di peringkat IPT, syabas buat kalian. Terus terang abang sangat bangga. Buat faizul, aizat, amir, azli dan suhaimi syabas kerana menaikkan nama kolej yang dan terkubur dengan nilai kejuaraan. Biarkan suara sumbang itu terus mengalir laju yang penting usaha gigih bersengkang mata mencari fakta kes dan membina jati diri untuk berjuang kita sahaja yang merasainya. Apa yang lebih untuk kita syukuri bersama ialah jalinan ukhwah kita terpatri dengan berkah kerjasama antara kita semua.
Apa yang abang harapkan agar usaha kalian tidak terhenti. Teruskan berenang dan menyelam arena lauatan debat. Ingat jangan sampai lemas dengan kejayaan.



celoteh terakhir untuk tatapan kita bersama ialah pengalaman dalam perhimpunan ulama dunia atau lebih dikenali sebagai IJTIMAK dunia. aku dan beberapa sahabat daei yang lain tidak melapaskan peluang untuk pergi. Kesimpulan yang boleh untuk aku gambarkan ialah perhimpuanan ini memberi aku satu semangat untuk lebih mendekatkan diri kepada yang empunya dunia ini. aku makin sedar akn diri yang naif dan daif berjalan di muka bumi yang sentiasa mengherdikku "hai manusia ikutlah perintah ALLAH dan tinggalkanlah segala larangannya. Bayangkan lebih 12000 manusia berhimpun dari seluruh dunia. Benarlah kita dilahirkan dengan satu kalimah yang agung "lailaaillallah muhammadurrasulullah".


Alhamdulillah akhirnya aku publish juga entry kali ini. Oleh kerana lama tak dengar komen-komen so orang yang pertama komen entry kali ni aku bagi hadiah. tak lebih dari rm 10 sen.hehehehheheh. komenla dengan ikhlas dan membina k. Assalamulaikum.




6 comments:

ain fathihah said...

abg din ni mg sllnya entri panjang lepas lama menyepi diri..

tahniah utk semua pencapaian

(n_n)

moga abg terus sukses dan berjaya dunia akhirat..

doa dari jauh saja dr ur little sis'...


la la la

aineeA.S said...

banyaknye citer ko kama (:
tlg link-kan aku..tee hee

ninim said...

Semoga anak didik abang Din akan menjadikan guru mereka seperti idola..TQ sem lepas tolong team Hafiz untuk Piala Pengetua KHAR....Jangan biarkan anak2 didik abang Din mengangkat diri kerana akhirnya akan tersungkur ke bawah dengan dahsyatnya...

Tahniah kejayaan KUO

kuSut said...

lama ilang...haha
congrats la tuan inspektor...
balik sabah reunion...

shahida nalini said...

tahniah... :)

wanchomel said...

assalam..hai din..lama sudah xdgr cter dari kamuorang di UPSI..huhu..pa kabar semuanya..alhmdulillah,skunk nie der kt UPM SERDANG smbil degree dlm Doktor PErubatan Veterinar..huhu..5 tahun yang sgt lama..anyway..dtgla melawat klu der masa..hehe..

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template