Friday, April 3, 2009


SANG PERINDU SANGINSANKERDIL

Ijan: abag ada byk hal kah?
Mini: busynya org ni!
Fida: Mr Busy amacam ngan tugas harian?
Hamizan: aku rindu nak baca entri ko din
Nuha: hai dah tak aktif tulis blog kah?
Rahman: aku suka tulisan bersastera kau.
Suhaimi: lama tak baca blog abag din!
Hafiz: ngapa tak update blog?
Ridzuan: tak kah crita menarik untuk di kongsi?
Robbani: hasil karya seterusnya mana din?

Setelah melalui banyak liku kehidupan yang seharusnya kukongsi untuk tatapan minda dan bual bicara kita, akhirnya masa ini tiba jua. Aku gagahkan mata yang sakit melihat screen laptop, dan minda yang beku memikirkan hal rumah untuk melambakkan perkara yang suka untuk dikomen dan dikritik oleh insan blog. Entahlah kadang-kadang kehidupan ini perlu untuk dihentikan buat seketika. Ya memanglah kita tiada kuasa seumpama itu, namun kita mampu melakukannya. Aku hentikan lakonanku yang asyik memikirkan hati insan sedewasaku dan sematangku namun kebudakan perangainya, aku hentikan opera kehidupan yang dihidangkan dengan kenakalan mulut insan setara dan selariku, aku hentikan bual yang mual dengan kedangkalan dan kekejian perkataan nista dan dusta, aku hentikan perasaan yang aku perjuangkan untuk dimegerti oleh insan yang sukar mengerti, aku buang dan kuburkan masa kehidupan yang aku lakar untuk buat aku tersenyum kelak. Kalau aku menangis aku tahu ada yang berkata ‘kau kuat untuk tidak mengalirkan air mata’, bila aku ketawa ada hati yang jengkel, bila aku suka ada pula yang pelik, bila aku marah ada yang pesan kerohanian, bila aku sedih ada hati yang simpati. Kepada yang menangis, ketawa, suka2, marah dan sedih bersama-sama sanginsankerdil, aku sangat menghargai kalian.




Hidup aku terus hidup dengan azam dan iltizam yang utuh di ufuk kerinduan keluarga untuk aku lebih fokus dan tidak meracau dengan jiwa yang kacau dek angkara hidup yang penuh mainan di kefanaan kehidupan. Aku menginsafi betapa masalah adalah hiasan yang paling bersinar dalam dunia ini. Benar!!! Aku usai segala jujukan permasalahan yang tak henti bertandang dan aku terus menentang kepedihan menahan godaan toghut.
Namun perlukah untuk aku melegakan hati yang sakit dan pedih menahan amarah dengan hanya laungan monolog jiwaku? Atau aku harus menari mengikut rentak yang diatur oleh sang pengherdik?. Kadang-kadang aku takut meneruskan langkah dan mengatur azimat keramat kerana sukar untuk menelan yang pahit. Ya Allah s.w.t betapa aku amat menyedari hakikat kelemahan ini. Aku sedari selayak untuk-Mu mengatur hala tuju kehidupanku. Jika aku lemah aku tahu KAU sering memberi nur kekuatan, bila aku jatuh dan tersungkur, aku tahu KAU tak biar aku terhenti untuk mengorak langkah.
Benarlah kata orang bijaksana, kesibukan dalam kebenaran buat kita makin dekat dengan PENCIPTA, kesibukan dengan perkara yang lagha menjadikan kita angkuh di pentas ILAHI.
Secebis jawapan buat soalan2 sang perindu hasil tulisanku, aku sangat memerlukan masa untuk rehat yang cukup, tugasan yang membebani, perjumpaan yang menyibukkan, dan muhasabah yang menemani. Aku harap kefahaman kalian semua. Jangan hentikan untuk menyuntik kasaktian kalimah untuk sanginsankerdil, kerana desis hati ini damba panggilan dan seruan kekuatan daripada kalian untuk menjadi asbab menjunjung impian dan menjulang cita-cita.


1 comments:

salcomey said...

comeinyer teddy bear tuu...nk ble??? huhuhu.. cantik spekkk.. pinjm bleh?? hehehe...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template