SUKSIS (sebahagian adik-beradikku)


Setelah penat dengan dunia yang memabukkan pemikiranku, aku sekali lagi menekan pad kekunci kesayangan pengemar blog. Sedari waktu untuk aku bersiap menunaikan tugasan proposal bagi tesis aku, aku luangkan juga sedikit waktu untuk menyelongkar satu lagi lembaran celoteh. Dalam aku medaki puncak ijazah di universiti tercinta ini, aku punyai 3 keluarga yang sangat aku kagumi dan sanjungi. Keluarga pertama aku KOR SUKSIS, keduanya KELAB DEBAT dan yang ketiganya PERMAS sem 6 .

Ketiga-tiga keluarga inilah menjadi tempat untuk aku bermanja dan melepaskan rasa rindu kapada keluarga yang berada di bawah redupan bayu. SUKSIS mendidik jiwa ini untuk mengenal erti jalinan ukhwah sesama insani dan DEBAT mengajar aku erti ketabahan dan kecekalan dalam menerobos ruang lingkup kefanaan insani. PERMAS pula mentarbiyah pemikiran dalam konteks memajukan hidup insani.
Dalam SUKSIS aku ada ramai adik beradik, dalam DEBAT aku ada ramai sahabat dan dalam PERMAS aku punyai ramai teman. Adik yang paling aku kasihi A-3-22. Inilah lambaian syurga yang melambai kearahku bila aku sedang dihimpit derita dugaan ILAHI. Tak lekang mereka beri sapport dan motivasi untuk aku terus melangkah dan memacu kejayaan gemilang. Gelagat dan ragam pelbagai variasi membuat aku lunak untuk terus berdamping dengan mereka. Kalau pembaca nak tahu bolehlah berkunjung ke rumah bertuah ini.

DEBAT?????????? Aku amat mencintai alam ini. Bukan kapasiti pendebat tapi ilmu di arena perdebatan ini. Walaupun kejora yang kukejar makin jauh namun aku amat bersyukur kerana tekad dan azam tetap berpadu untuk mengorak langkah kerimanan. Dah banyak perkara aku belajar dalam arena perdebatan. Kata kawan aku debat ni bukankah satu perkara yang membodohkan diri sendiri? Aku pernah bertanya kepada kakak senior akan soalan yang sama. Yang peliknya kakak senior ini mengiyakan perkara tersebut. Selepas rungkaian pertanyaan ini dijawab dengan penuh keyakinan, akhirnya aku nekad menyelam setiap inci kebodohan yang dikatakan. Aku hampir lemas dan tenggelam dengan kebodohan persepsi dalam arena ini. Akhirnya aku temui satu titik ilmiah yang mendasari perdebatan. Alhamdulillah ungkapan yang mampu kulafaz
PERMAS????????? inilah dunia senda gurau aku dan carian info bagi melabuhkan sayap di dunia aku bergelar mahasiswa. Lagat dan lagak yang ligat buat aku lupa segala kepahitan hidup di kejauhan insan tersayang. Mak pernah pesan jangan titiskan air mata bila rindu dan ayah pesan jangan pernah fikir tentang lamanya masa tak bersua. Bila aku telefon aku dapat rasakan betapa air mata mak menitis merindui dan batuk ayah pasti memaksaku untuk datang secepat yang mungkin. Aku juga berkata pada mak agar dunia kerinduan diisi dengan kesibukan dan bilang pada ayah masa 4 tahun hanya pejam celik ukurannya. Namun bila kusahut panggilan telefon dari mereka aku sebak menahan rindu, aku mengeluh dek panjangnya masa aku disini. Eh.... macam sesi luahan perasaan. Layan jak lah yek.........
Dalam SUKSIS aku nak ucapkan salam junjungan terima kasih buat Henry, Zarul, Hisyam, Arif, Johairi, Khairil, Usup, Rahim, Fazly, Rabani, Kili,Mus, Aziz, faiz, Kak ulik, Myra, Hasisah, Sabtuyah, Ruzita, Nisa, su, Lino, Jak, Wan, Vija, Low, King atau sesiapa sahaja dalam anggota SUKSIS ini kerana memberi sedikit kemanisan dalam menongkah arus kebitaraan. Aku sedar aku tidak sesempurna kalian, tidak sehebat kalian apalagi dalam mengukur kepetaan lidah kalian. Apapun jangan pernah berhenti untuk menggenggam tangan ini meneruskan perjuangan.Di arena gemilang DEBAT, sekalung bahtera terima kasih terutamanya buat abg Faizi, abg Datu, Indra, Matun, nadia2, Johan, 3S (Syahira, Suhaimi, Syahida), 3A ( Ain, Aini, Abu), Kaza, Yuszuhairi, Baihaqi, Bieb, Fawiz, Hafiz atau sesiapa sahaja yang menjadi sifu dalam memuntahkan ilmu perdebatan kepada insan kerdil ini. Halalkan ilmu untuk keberkatan hari tua.
Selautan kata hikmah buat teman seperjuangan PERMAS terutamanya Mubarak, Yus, Dayat, Abu, Atan, Firdaus, Lim, Lee, li, Amar, Nuha, Jusih, Nazirah, Nik noni, Nik Azmi, Eyza, Diana, Cut, Fizi, Mekna, Sat, Ju, Dayah, Aisyah, Umi, Zam, Ina, Renika atau sesiapa sahaja yang mencorak pemikiran ini agar berada pada paksi keintelektualan yang sebenar demi sebuah kesejahteraan.
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku sangat rindu keluarga di perantauan...........
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku sangat ingin menatap wajah mak dan ayah.......
Tahu tak?????????? Sebenarnya aku ingin memeluk tubuh warga keemasan..........
Tahu tak????????? Sebenarnya setiap detik tabir bibir ini menyebut nama mereka..........
Dah makan kah? Dah minumkah? Apa cerita? Apa derita? Apa khabar dan perkembangan? Sihat? Sakit? Sedih? Ketawa? Gembira? Duka? Suka? Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............................................................
Soalan yang mengelilingi setiap inci tutur kata.

Kesabaran dan ketabahan serta kecekalan ini akan aku gigit dengan pimpinan warga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS di dunia aku bergelar mahasiswa.
Terimalah ungkapan keramat sebagai aku menghargai kalian semua.
SALAM UKHWAH.
Terimalah doa sebagai tanda aku tak lupa akan kalian semua.
”YA ROBBKU KAU TERIMALAH AKU DAN MEREKA UNTUK MENJADI PENGHUNI JANNAHMU”.
Layan dan layari jak bah.............................
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku lupuskan hasrat untuk terus menangis merindui
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku pupuskan impian untuk berlari jauh dalam dunia kerinduan
Asbab keluarga SUKSIS, DEBAT dan PERMAS aku putuskan untuk terus tersenyum melayan kehidupan
Asbab keluarga SUKSIS dan DEBAT aku letuskan bom untuk mengenggam kefanaan dunia.