Tuesday, April 21, 2009

kENA TAG!!!!!!!!!!




Dalam kesibukan exam ni aku selitkan beberapa tag yang aku terima.

Tag pertama ni datangnya daripada seorang senior debat aku dari UPSI.

1. Sejauh mana anda kenal saya?

Sejauh 200km sejam.haha kenal? Rasanya tak lah lama dalam beberapa bulan sahaja. Dulu masa sem satu selalu nampak abg Faizi berdebat,jadi mc ngan gila2 sikit bila berkomunikasi. Apa yang penting permulaan perkenalan masa dalam debat perpaduan bila diri terpaksa menyertai pertandingan tersebut atas tiket menyelamatkan upsi dari mengulangi sejarah pulang tanpa bertanding. Yang buat terharu tu bila dapat pujian walau pun merapu dalam pembidasan.

2. Hebatkah saya?

Hebat???? Kalau soal ni tuan badan rasa pa ya??/
Mestilah hebat dalam konteks pengucapan awam dan kepimpinan kalau tak anugerah NC tu mesti saya yang dapat kan.memang hebat n jadi idola aku dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.

3. Apa ucapan paling istimewa anda untuk saya?

Terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan dan sesungguhnya jika ditakdirkan kejayan milik diriku tu semua berkat jurulatih seperti anda. Pidato dan debat aku kenali berkat pimpinan anda.

4. Harapan anda bila saya berkarier nanti.
Harapan moga dapat anak yang comel2 macam abg faizi…

5. Adakah anda yakin suatu hari nanti Hairul Faiezi Lokman merupakan menteri sebuah kabinet?

Sangat tidak yakin bab saya yakin abg faizi akan dapat jadi perdana menteri Malaysia yang ke 9 nanti.. ni mengikut ramalan saya sebagai penyokong kempen kelak….
Undilah parti ???????????


P/s abg faizi bila mau bawa kitaorg makan2 kan dah jadi jutawan anugerah NC baru2 ni…






Tag ni datang dari kenalan baruku dalam alam maya blog ini… norhafsham.blogspot.com


sepuluh benda yang aku mahu semasa sambutan ulang tahun....













































p/s terima kasih u norhafsham.blogspot.com. moga ukhwah kita akan lebih kukuh lagi hendaknya...amin




Tag ketiga ni datang dari hafiz. Seorang pendebat dan maharani upsi yang baru

salam.pertamanya. soalan ni tak sesusah exam kot tapi soalan ni buat aku lebih beremosi daripada exam nanti.papun aku jawab tag ni dengan keikhlasan klu itulah yang penulis blog ni mahukan....che.




(1) apakah kata-kata utama yang keluar dari mulut apabila ibu bapa anda muncul didepan mata...

perkataan pertama ialah ya Allah
sebab, aku bersyukur dengan pertemuan ini
tapi klu aku tahu ianya hanya untuk seminggu, aku akan peluk mereka dengan kadar sekejap dan bersama2 untuk solat berjemaah. minta ampun banyak2.
takpun seruan keramat mak ayah....

(2) apakah 5 perkara yang akan anda lakukan apabila berjumpa dengan ibu bapa anda (selama seminggu)...

aduh!!!!tiba2 mau titiskan air mata plak...
1)Bercerita
2)memasak
3}jalan2
4)menangis
5)muhasabah

(3) siapakah yang akan anda peluk dahulu antara ibu dan ayah anda...

mestilah ibu bah...pas tu ayah tak pun kedua2 mak...ayah...kan dah nangis ...

(4) apakah yg kamu fikir perkataan yang akan keluar dari mulut ibu bapa kamu apabila berjumpa dengan kamu....

Alhamdulillah....dah tak nak komen panjang.nak bersendirian sekejap..

P/S fis soryla mula2 aku nak jawab semua tag dalam blog orang yang mentag tapi akhirnya aku tukar fikir atas rasional perkongsian untuk semua. apapun terima kasih banyak sudi mentag.




Tag terakhir ni datang dari Abu Handalah yang kukira sedang mengukir nama dalam arena perdebatan. Tahniah atas kejayaan terpilih mewakili upsi dalam debat integriti baru2 ni. Motif team utama UPSI.



1.nama timangan :

Keluarga n org kampong: emmmm malu plak…..kuding.
Adik2 kesayanganku: abg
Kakak and abg aku: ding
Rizal : udin
makcik n pak cik aku: achok
kawan sekolah: din, abg din
sahabat debat: kama ( bib juddin pencetus nama ni)
sahabat suksis: din debat
ain fathiah and razi: abg polis
yuzuhairi : abg nok
syahirah: abg kamaruddin
cikgu sekolah: kamak


2.insan istimewa dan kenapa dia istimewa.

Pertamanya mestilah Rasulullah walaupun aku banyak melakukan perkara yang bertentangaa ngan sunnahnya namun aku meyanjungnya melebihi diri bab insane Mulia ni banyak berkorban u semua umat manusia dan bawa rahmat seluruh alam ni.

Kedua Mak n ayah bab nilah sumber inspirasiku…
Pernah tekad nak berhenti belajar tapi kena teruskan juga bab mak n ayah taruhkan harapan maklumlah anak emas. Akhirnya aku bo juga ada kat menara mahkota ni.

Ketiganya: adik beradik aku. Sentiasa mesej n call tanya khabar n bagi semangat u teruskan azam jadi cikgu yang berkualiti. Sentiasa doakan aku….rindu ngan c “don” adik bungsu aku….


Keempatnya: sahabat aku kat kampong yang sentiasa memberi kekuatan batin. Bila aku sedih dorang nangis bila aku gembira dorang wat pesta raihkan. Bila aku nak jalan2 hilangkan tension dorang korbankan masa n kami akan round kg sampai tengah malam. (Mustapa, Almu, idin, wan, hamdan, koleng, salamak, reqan, afis, azmil, jabil, rahman dsby.banyak juga pada sahabat kg yang tak tertera namanya jangan kecik hati aku still macam dulu bah)

Kelimanya: sahabat suksis yang tak pernah lekang menasihati u jadi lebih baik tq zarul henry,arif, joe, rahim, mus, peja, bani, syuk, lie, khairul, usup, wan, aziz, afis, kili, faiz, ril, wae,helmy, sarip , sis, sebtuyah, myra, ruzita, quis, nisa, ayu, ema, zu, n semualah sahabat yang berpanas masa kawat dan berjuang u menahan amarah latihan……

Keenamnya: sahabat debat yang banyak beri tunjuk ajar u berdebat terima kasih! Faizi, datu, indra, fazwan, abu hafiz, suhaimi, kaza, hairi, johan, bai, fawiz,kader, faizal razi, mini, bib, matun, nadia2x, syira, aini, ain, syahida dan semua budak debat……

Ketujuhnya: seterusnya sahabat2 seperjuangan PERMAS.hidayat, barak, yus, ali, abu, henry,rasul,norjan,well, wlfred, atan,azid,izat, amar, lee anak ait, lee wah, lim, meor, apek, kili, jimi, mak ju, firdaus, koai, zahran, nuha, eyza,icut, diana, fizi, su, aisyah, jusih, hidayah, umi, ju, nazirah, kak farah, kak diana, kak sam, ina langkawi , ina sp, fatin, sabilah, khairiyah, jerry, huda, and semualah geng2 kat PERMAS.... koranglah nadi aku untuk menimba ilmu di dunia IPT ni.

akhir sekali: kawan seperjuangan dari universiti lain yang sudi beri sokongan u terus menjadi yang terbaik dalam arena pengucapan awam:hamizan utm, adam ump, wan upm bintulu, syafiq upm bintulu, fairuz ums, bob ukm, khalis ukm, zakiah usm,dayah utm, halim usm, sauqi uum, junny utp, myer mmu, kasevan mmu, janipal uthm, dan semua yang menjadi teman u memperbaiki diri di arena ni. InsyaAllah jumpa kat debat Integriti utm…..

3.lagu kesukaan sekarang.
afgan : PadaMu ku bersujud.
kangen band: kembali pulang
Lagu ciptaan sendiri….. 13 buah



4. anda seorang yang?
Entahlah nak kata pa
Tapi nilah perasaan diri u pentafsiran:
Pertamanya: suka makan tapi bila dah terlalu naik kalori badan sanggup tak sentuh makanan
Keduanya: suka perli orang guna ayat kiasan bab dapat tegur sambil gelak2 perli….
Ketiga: kuat marah n sesitif…ni ramai yang tak tahu…. Bila bersendiri kadang2 nak nangis juga bab sedar kelemahan diri di dunia yang fana ni.
Keempat: suka jaga hati org sehingga makan diri sendiri….parah menahan
Kelima: korang tafsir sendiri

p/s: aku sedar akan diri yang lemah namun bukan aset untuk korang mengutuk, aku damba juga doa dan teguran membina agar diri menjadi lebih baik….
jangan senda guraukan kelemahanku kerana aku juga ada madah yang terlafaz dan ada amarah yang mungkin terlepas….
Ada waktunya amarah ni juga membara n mungkin tak terjangka dek korang…geram!!!!



5.benda wajib dalam hendbeg?lelaki dompet.dompet biasa jak
Duit, gambar mak ayah n gambar org lain, kad bank, dan kadang2 kepingan kertas u puaskan hati yang tak berduit…

6.kali terakhir nanges.
semalam. Pasal call mak n ayah. Mak rindu suruh balik dah dekat 2 tahun tak balik…
Ayah plak kurang sihat…
Abg n adik perempuan plak kerja kat tempat org lain…
Adik lelaki wakil sek u bola sepak…
Adik perempuan seorang lagi wakil u nasyid
Adik bungsu manja plak nak aku balik…
Time tiada adik beradik kat umah mak n ayah sedih la
tambah aku call plak semalam so sama2 cair….sedih……


p/s Terima kasih kerana sudi mentag. Lain kali tag lah lagi. Sarylah aku n memang lambat kalau nak jawab tag org….




jumpa lain kali saja.

KEEMPAT2 TAG NI BERI KEKUATAN U AKU CIPTA TAG NANTI LA KORANG!!!!!!


Thursday, April 9, 2009

PIDATO: HADIAH PERSAHABATAN PALING BERMAKNA



Dah hampir dua minggu aku tutup sejarah di Universiti Putra Malaysia, akhirnya ada juga ruang waktu untuk aku buka semula kitab sejarah hidupku. Mula-mula bila nak melangkah kaki menuju ke pentas pertaruhan, aku sematkan sedikit kekuatan bagi menjunjung aspirasi universiti untuk mengigit gelaran juara. Seram juga bunyinya bila nak mengapai kejora dengan usaha yang tak semana.

Hari pertama 20 Mac 2009
Aku dan Afis (junior suksis) bertolak dari KUO pukul 4.15 petang dengan sebuah Van. Setibanya kami di sana kami disambut dengan senyuman seorang wanita cina yang kukira urusetia untuk pendaftaran peserta. Selesai pendaftaran, aku dan Afis dibawa ke bilik untuk berehat. Oleh kerana kami datang lewat pada hari itu, maka masa rehat aku dan Afis terpaksa dikorban. Malam tu aku kena hadir untuk sesi taklimat dan cabutan undi bagi setiap peserta. Alhamdulillah aku peserta kedua belas. Malam selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai Hamba Ilahi, Aku dan pengiring peribadi setia Afis, mula mentelaah istilah-istilah bombastik dalam 22 tajuk pidato bagi sesi pertandingan saringan esok. Wah… kadang-kadang aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding bagi menghilangkan rasa mengantuk dan penat yang mejerat fizikalku untuk berhenti dari terus berfikir akan perjuangan esok. Penat perjalanan dan letih sesi taklimat tadi belum lagi padam, aku lihat Afis dah mula melayan tirai kelopak mata. Jam dah pukul 2.12 pagi.



Din: Afis kalau kau nak tidur kau tidurlah dulu, aku nak siapkan dulu beberapa perkara sebelum tidur.
Afis: tak pa la abg Din, Afis tak mengantuk lagi, Afis nak cari apa lagi ya.
Din : rasanya tak da benda lagi yang perlu kita cari Fis, lagipun sebelum ke sini aku dah sedia dengan beberapa info yang perlu.
Afis terdiam dan aku terus melayan helaian kertas yang ku print sebelum ke sini semalam. Tidak lama lepas tu, aku tengok Afis dah lentok kat katil bujang sebelah aku. Aku pun padamkan lampu dan hanya mencari ilham dalam kesamaran biasan cahaya lampu di luar bilik. Aku tengok Afis yang keletihan, kesian.

Hari kedua 21 Mac 2009

Aku bangun agak awal dan terus bersihkan diri. Aku rindu pula bilik air KUO rumah aku. Almaklum bilik air di sini tidak seteknologi di UPSI. Meskipun tubuhnya nampak usang dan kecil tapi perkhidmatannya memang kelas atasan. Aku dah melancong kebeberapa IPT dekat Malaya, aku tak pernah jumpa lagi penginapan sebaik universiti kesayanganku. Sungguh! Bersyukur. Selesai mandi aku kejutkan Afis untuk solat subuh berjemaah di surau yang kecil molek di aras bawah kolej kelima UPM.



Dah solat aku sempat juga membelek sedikit cebisan nota yang kukepilkan dalam fail bagi menyiapkan diri dalam pertandingan peringkat saringan pagi ini. Sementara tunggu Afis bersiap, aku teruskan dengan doa dan tawakkal pada Ilahi, kalau pun tak ada rezeki, biarlah aku tak memalukan universiti dengan ilmu yang cetek dan persembahan ala2 budak sekolah. Ingat pula aku semasa mula2 wakil UPSI dulu, lawak tahap gila!. Tepat pukul 8.00 pagi aku dan Afis pun turun ke dewan untuk sarapan dan tempat pertandingan. Aku makan sikit pagi tu. Perkara sebegini menjadi lumrah apabila aku join mana2 pertandingan. Soalnya bukan nak jaga suara tapi takut perut yang kenyang melemahkan minda untuk berfungsi dengan baik. Dari peserta pertama hingga ke sepuluh yang sempat kulihat semuanya hebat, ditambah dengan lawak jenaka yang disengajakan dan yang tidak disengajakan. Paling kelakar bagi aku dan Afis bila salah seorang peserta mengakhiri pidato dengan “ mohon untuk terus…….. pergi” bagi yang tahu berdedat pasti ayat ni kelakar. Terbawa2 ayat debat dalam pidato, dan tak pasal2 akhirnya perkataan selaku ‘pencadang atau pembangkang’ diubah dengan perkataan ‘pergi’…mana tak kelakar.
Mohon untuk terus mencadang/ membangkang
Mohon untuk terus ……(terpaku sekejap)…..pergi.




Kata juri dalam komen yang diberikan bila keputusan nak diumumkan, ramai pemidato yang terbawa2 dalam kerangka perdebatan. Mana tidaknya sampai perkataan yang ‘Dipertua Dewan’ pun bisa terkeluar. Hari tu jadi satu acara gelak ketawa oleh audiens yang memahami debat dan pidato. Afis yang baru dalam dunia pengucapan awam pun rasa nak pecah perut katawa dengan ragam pemidato intervarsiti. Ala kan pidato intervarsity pidato spontan, jadi ramailah pemidato yang sangkut dan merapu atas pentas. Aku tak terkecuali hingga keluar perkataan “ ber…info….bertransformasi”.
Apabila giliran aku di panggil semasa peserta kesepuluh sedang berpidato, aku kuatkan semangat dan sempat berbisik dengan Afis agar banyakkan doa supaya aku dapat tajuk yang senang dan dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya. “Kepimpinan berpasukan suatu bentuk tranformasi” ala susahnya tajuk ni. Inilah perkataan yang pertama kali terkeluar dari kotak mulutku bila baca tajuk yang susah ini.

“awak boleh ke bilik kuarantin sekarang, ingat! kami bagi masa 10 minit untuk bersedia”
Perempuan melayu yang menyapaku dalam keadaan aku yang sedang terfikir ‘aku nak cakap apa nanti’.
Ok jawabku ringkas.
Dalam bilik kuarantin aku makin panik dan terasa macam nak lari. Lawan juga perasaan. Aku sempat juga tadah tangan dan mohon bantuan Ilahi.

Awak, masa sepuluh minit dah tamat. Sekejap lagi giliran awak”
Tergamam seketika.
Hahah

“Kini tibalah giliran peserta kedua belas dari UPSI” (Pengacara Majlis)
7 minit berlalu. Alhamdulillah selesai.
Baiklah kini tibalah masa yang ditunggu2 pengumunan 12 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir. Berdebar + takut.
Alhamdulillah aku terpilih juga. Aku sedih juga sebab Mizan, Wan dan syafiq tidak terpilih.

Din: korang dah buat yang terbaik, mungkin rezeki korang sampai setakat sini sahaja.
Wan: tahniah din.
Afis: Alhamdulillah.
Syafiq: tak pa kami akan bagi sokongan pada kau din.cayyok2.




Malam itu selepas aku dan geng2 yang lain berentap di pentas saringan, aku ajak Wan, Syafiq dan Mizan jalan2 keliling UPM. Malam tu memang best gila. Seronok sangat. Imbas perkara2 yang kelakar masa pertandingan saringan pagi tadi.

Mizan: si Dayah (peserta UTM) sibuk untuk pertandingan esok, ko dah bersediakah din?
Din: setakat ni bolehlah sebab Syafiq dan Wan banyak bantu aku.
Afis: yang penting sekarang ni kita jalan2 sambil ambil gambar untuk kenangan kita.heheh
Dah letih ketawa dan pusing sebahagian UPM kami pun pulang ke kolej.

Hari ketiga (21 Mac 2009)



Dalam pertandingan separuh akhir ni dua kumpulan besar akan dibentuk. Maknanya 6 orang akan di bawa ke Putrajaya dan 6 orang lagi akan ke perkampungan orang asli. Alhamdulillah aku dapat undian keenam, jadi aku ke Putrajaya sebagai peserta yang akhir. Aku paksa Wan dan Syafiq ikut aku sekali. Merekakan sifu aku untuk pertandingan kali ini. Sampai di Putrajaya para peserta dibawa untuk dikenalkan dengan para VIP dan pemimpin negara. Aku rasa kekok juga masa tu bila duduk semeja den berborak dengan mereka. Antara peserta yang ke Putrajaya ialah peserta dari UPM (2 peserta), UIAM, USM, USIM dan aku (UPSI). Tajuk aku kali ni ialah ” Rancangan Malaysia teras kecemerlagan Negara”.

Dalam keadaan yang penuh gementar aku berkali2 lafazkan doa dan selawat agar hati yang gemuruh dapat sedikit ketenteraman.
Afis: aku tahu abg Din boleh buat yang terbaik.
Syafiq: kami doakan kejayaan kau.
Wan: boleh Din!
Khairiah: saya yakin kamu boleh Din.
Din : terima kasih. Teruskan berdoa.



Untuk memotivasikan diri, aku buka inbox mesej aku untuk baca segala mesej yang kuperam dari semalam. Antara mesej yang sempat ku baca,

Kamariah: abg Din jangan lupa banyakkan selawat
Abg Faizi: Saya doakan moga kejuaraan milik kamu.
Siti Habibah: Cayyok2
Kak Ulik: go!! anak ugik
Kham: jangan lupa betulkan niat
Henry: din! Banyakkan doa
Zarul: bawa pulang hadiah untuk kami semua
Hafiz: buat yang terbaik
Syahira: nyanyi kuat2 tau!!he3
Hamizan: aku dah tahu kau mesti masuk final
Jumading: jangan sia2kan peluang kau kali ini.
Suhaimi: abg din mesti boleh! Doa mengiringi abg din.
Kaza: tahniah masuk separuh. Usaha lagi untuk final.yakin.
Aini: jangan hampakan upsi
Syazwan: din! Buat yang terbaik
Khairil: doa moga kau berjaya.
Robbani: teruskan perjuangan
Kamil: jangan malukan upsi yek!

“Ya Allah s.w.t walaupun aku sedar aku banyak melakukan dosa, namun KAU bantulah aku dalam meneruskan perjuangan ini. Aku tiada sesiapa untuk sandarkan pergharapan dan pertolongan. Tolonglah aku ya Allah”

Alhamdulillah aku dapat tempat kedua di peringkat separuh akhir ni. Tapi itu tidak penting sangat kerana yang penting aku sudah berjaya masuk ke peringkat akhir.

Dah habis pemgumuman hari tu, aku didatangi oleh seorang guru perempuan yang dah berumur.

“Anak, boleh minta no telepon tak?”
“Boleh ( timbul persoalan)”
“Sebenarnya saya ni salah seorang guru di salah sebuah sekolah bestari, boleh tak jadi jurulatih untuk bahas dan pidato bagi sekolah saya”.
“Boleh tu memang boleh nanti saya fikirkan dulu”.
“Tak pa la nanti saya call anak ya”.

Lembut suara cikgu ni buat aku hilang rasa gembira dan diselubingi pertanyaan. Pertama layakkah aku! Kedua kenapa dia beriya sangat. Tiba2 aku didatangi oleh segerombolan anak sekolah yang menjadi audiens utama dalam pertandingan kali ini. Bukan nak ambil autograf atau nak jadikan aku ni abang angkat mereka cuma sekadar ucapan tahniah. Apapun terima kasih buat semua.


Pertandingan ini habis dalam pukul 12.00 tengahari. Wan dan Syafiq rancang nak jalan2 kat KL. Jadi aku dan Afis pun ambil keputusan untuk ikut mereka. Hari tu kami masih lagi mengekalkan tradisi yang sama iaitu ketawa dan terus ketawa. Banyak perkara yang melucukan dan buat aku geli hati nak ketawa. Terutama masa naik Komuter ketika pergi ke KL dan pulang ke UPM. Sesekali aku runsing juga dengan pertandingan esok. Tapi aku yakin semuanya akan ok. Setelah penat menjelajah ibu kota Malaya kami pun pulang dalam pukul 7.00 malam. Malang! Lauk dah habis, aku dan geng2 pun pergi restoran berhampiran untuk beli lauk. Kesiankan!

Malam tu aku dan geng2 habiskan masa dengan sesi latihan dan pencarian fakta untuk pertandingan esok. Kali ini aku dapat tajuk “ Persaingan minda cabaran masa hadapan” . Penat berlatih akhirnya Wan dan Afis tertidur di bilik latihan. Tinggal aku dan Syafiq yang meneruskan pencarian fakta untuk isi bagi pertandingan akhir esok malam.




Hari terakhir 22 Mac 2009

Pagi menjelma aku dan Afis cuba buat rangka isi. Selesai. Petang tu aku cuba buat pesembahan di hadapan geng2 aku. Kami buat ala2 pertandingan Af. Banyak juga geng2 aku ni kritik cara penyampaian dan isi aku yang lompang. Hari tu masa kami hanya habis dengan sesi latihan. Aku berpidato mereka komen untuk penambahbaikan.che….

Tepat pukul 8.00 malam aku dan Afis selesaikan dahulu kewajiban sebagai hamba Ilahi. Setelah selesai solat yang kami qasarkan, aku terus menuju ke dewan pertandingan. Kali ni aku peserta ketujuh daripada lapan yang berrentap.
Malam akhir penuh dengan gimik yang menghiburkan meskipun aku tak berada dalam dewan pertandingan kerana berada di bilik kuarantin bagi persiapan terakhir, namun kemeriannya cukup terasa, kehangatannya cukup merendamkan aku dalam lautan ketakutan.

Setelah lama menunggu akhirnya aku tiba ke kemuncak untuk beraksi dengan tajuk yang amat menakutkan. Ya Allah s.w.t bantulan hamba-Mu ini, aku sedar akan kelemahan diri apalagi kekerdilan batin.




Selesai 8 minit dengan 4 buah fikir yang ku layarkan, tiba pula dengan soalan spontan oleh para juri. Untuk pertandingan akhir ni ada kelainan sikit apabila para pemidato diajukan soalan spontan berdasarkan tajuk yang dipersembahkan. Alhamdulillah soalan spoantan aku tak susah dan aku yakin bila menjawab. Tepukan penonton menyemarakkan aku untuk terus melontarkan kelantangan hujah.

Alhamdulillah lega rasanya melepaskan beban yang kukira amat memeritkan. Keputusan pun diumumkan. Secara jujurnya aku tak berpuas hati dengan keputusan. Tapi aku realistik akan perkara ini. Lantas aku segera mendapatkan juri untuk komentar membina. “ semua ok tapi isi nampak terlalu berselerak”. (Sah! Aku tak boleh jadi secord yang baik dalam debat meskipun aku suka posisi itu).



Keputusannya

01) UPM
02) UM
03) UTM
04) UPSI
05) USIM
06) UPM
07) UKM
08) UIAM

Walaupun tak dapat tempat pertama hingga ketiga, meskipun aku mengharapkan juara milikku, tapi aku bersyukur dinobatkan 5 pemidato terbaik IPT. Kalaulah aku juaranya inilah ungkapan tabir bibir yang akan kulabuhkan untuk pelayaran pendengaran kalian. Bukan!!!!!!!!! Tak kisahlah aku Juara atau uncit sekalipun, inilah untaian rasa buat perangsang yang setia seperti kalian. Kerana aku juga mengerti Sesuatu yang termaktub dalam suratan takdir ILAHI adalah yang terbaik untuk insan ciptaan-Nya. Untuk aku lebih bermuhasabah akan dosa, untuk aku lebih mengenal erti usaha yang bersungguh, untuk aku lebih berazam meningkatkan prestasi, untuk aku lebih dewasa menilai diri dan pelbagai “untuk” yang hanya diketahui oleh ROBB yang kuasa.



Alhamdulillah, syukur atas kejayaan yang dianugerahkan oleh Ilahi atas kemurahan-Nya, Walaupun semakin hari diselaputi dengan kegelapan hati, namun aku sedar kemurahan Ilahi melebihi kemurkaan-Nya. Aku juga masih berdiri atas kapasiti hamba-Nya. Mendamba dan terus menadah tangan hamparan dosa, meminta dengan kenistaan noda, kerana hanya DIA yang kuyakini dan kusandarkan segala bentuk pengharapan meskipun kadang-kadang aku cair di lautan maksiat.


Kepada mak dan ayah yang tak henti-henti memberi kekuatan batiniyah sekalung penghargaan dan doa buat kalian, sememangnya setiap detik kenangan ini adalah hadiah buat lembaran kehidupan kalian dihujung2 usia. Apalagi diri ini yang sentiasa merindui kalian semua. Kepada adik beradikku yang amat memahami kemampuan sedarah kalian, aku tak tahu nak ungkapkan apa, sebagai tanda aku bersyukur dilahirkan seputing susu bersama kalian semua. Kepada adik beradik sebapaku, aku juga menyayangi kalian, terima kasih kerana tak lekang menarik nusrah Ilahi untuk sanginsankerdil, adik beradik sesusuku, terima kasih kerana sentiasa memberi kesantunan budi agar aku lebih teguh membina impian hakiki. Kini, azamku untuk kalian senyum semakin membara dan semaraknya kuat menyala.



Kepada sahabat-sahabat yang tak pernah lekang memberi cetusan kembara motivasi, aku ucapkan selautan budi untuk anda semua. Sahabatku Faizi Lukman yang merangkap jurulatih kesukaanku, Kamariah sebagai jurulatih keduaku, Zarul Syafiq yang merangkap ahli bilikku semester depan dan juru runding pertamaku, Henry yang merangkap juru runding keduaku, Afis (suksis) merangkap juru fotografiku, Ridzuan yang merangkap juru bahasa bakuku, Syafiq yang merangkap juru persembahanku, Khairiah upm yang merangkap pengurus kananku, Hamizan yang merangkap juru pakaianku, Siti Habibah merangkap perancang perjalananku, Kazaruddin merangkap juru publisitiku, Khairil yang merangkap juru solekku, Arif merangkap logistik baranganku, pasukan sorakku pasukan Suksis, pasukan Debat UPSI dan anda yang setia mengirimkan mesej berdaulat dan bersulam impian sebuah kejayaan.

Akhirul kalam doa untuk sanginsankerdil terus maju dalam mengejar mahkota kehidupan untuk bekalan hari esok di kampung penghisaban manusia. Dalam coretan ini apa yang penting aku dapat anugerah sahabat terbaik sebab aku ramai sahabat. Sanggup bersengkang mata untuk melatih aku, sanggup jalan2 mengelilingi dunia UPM dan mengelilingi dunia ibu kota, sanggup menjadi pereka pakaian dan pengkritik yang membina.


Terima kasih sahabatku
01) Ridzuan UPM Bintulu
02) Syafiq UPM Bintulu
03) Hamizan UTM
04) Afis UPSI

Akan kuukir anugerah ini agar terpahat kukuh di dasar sanubari. Kalau ada peluang untuk mewakili UPSI lagi (meskipun dah tua dalam arena ini) aku mengharapkan yang lebih baik lagi. Sungguh bermotif kan!.

Friday, April 3, 2009


SANG PERINDU SANGINSANKERDIL

Ijan: abag ada byk hal kah?
Mini: busynya org ni!
Fida: Mr Busy amacam ngan tugas harian?
Hamizan: aku rindu nak baca entri ko din
Nuha: hai dah tak aktif tulis blog kah?
Rahman: aku suka tulisan bersastera kau.
Suhaimi: lama tak baca blog abag din!
Hafiz: ngapa tak update blog?
Ridzuan: tak kah crita menarik untuk di kongsi?
Robbani: hasil karya seterusnya mana din?

Setelah melalui banyak liku kehidupan yang seharusnya kukongsi untuk tatapan minda dan bual bicara kita, akhirnya masa ini tiba jua. Aku gagahkan mata yang sakit melihat screen laptop, dan minda yang beku memikirkan hal rumah untuk melambakkan perkara yang suka untuk dikomen dan dikritik oleh insan blog. Entahlah kadang-kadang kehidupan ini perlu untuk dihentikan buat seketika. Ya memanglah kita tiada kuasa seumpama itu, namun kita mampu melakukannya. Aku hentikan lakonanku yang asyik memikirkan hati insan sedewasaku dan sematangku namun kebudakan perangainya, aku hentikan opera kehidupan yang dihidangkan dengan kenakalan mulut insan setara dan selariku, aku hentikan bual yang mual dengan kedangkalan dan kekejian perkataan nista dan dusta, aku hentikan perasaan yang aku perjuangkan untuk dimegerti oleh insan yang sukar mengerti, aku buang dan kuburkan masa kehidupan yang aku lakar untuk buat aku tersenyum kelak. Kalau aku menangis aku tahu ada yang berkata ‘kau kuat untuk tidak mengalirkan air mata’, bila aku ketawa ada hati yang jengkel, bila aku suka ada pula yang pelik, bila aku marah ada yang pesan kerohanian, bila aku sedih ada hati yang simpati. Kepada yang menangis, ketawa, suka2, marah dan sedih bersama-sama sanginsankerdil, aku sangat menghargai kalian.




Hidup aku terus hidup dengan azam dan iltizam yang utuh di ufuk kerinduan keluarga untuk aku lebih fokus dan tidak meracau dengan jiwa yang kacau dek angkara hidup yang penuh mainan di kefanaan kehidupan. Aku menginsafi betapa masalah adalah hiasan yang paling bersinar dalam dunia ini. Benar!!! Aku usai segala jujukan permasalahan yang tak henti bertandang dan aku terus menentang kepedihan menahan godaan toghut.
Namun perlukah untuk aku melegakan hati yang sakit dan pedih menahan amarah dengan hanya laungan monolog jiwaku? Atau aku harus menari mengikut rentak yang diatur oleh sang pengherdik?. Kadang-kadang aku takut meneruskan langkah dan mengatur azimat keramat kerana sukar untuk menelan yang pahit. Ya Allah s.w.t betapa aku amat menyedari hakikat kelemahan ini. Aku sedari selayak untuk-Mu mengatur hala tuju kehidupanku. Jika aku lemah aku tahu KAU sering memberi nur kekuatan, bila aku jatuh dan tersungkur, aku tahu KAU tak biar aku terhenti untuk mengorak langkah.
Benarlah kata orang bijaksana, kesibukan dalam kebenaran buat kita makin dekat dengan PENCIPTA, kesibukan dengan perkara yang lagha menjadikan kita angkuh di pentas ILAHI.
Secebis jawapan buat soalan2 sang perindu hasil tulisanku, aku sangat memerlukan masa untuk rehat yang cukup, tugasan yang membebani, perjumpaan yang menyibukkan, dan muhasabah yang menemani. Aku harap kefahaman kalian semua. Jangan hentikan untuk menyuntik kasaktian kalimah untuk sanginsankerdil, kerana desis hati ini damba panggilan dan seruan kekuatan daripada kalian untuk menjadi asbab menjunjung impian dan menjulang cita-cita.



PELARI BONEKA ANGKARA BIROKRASI

“ni kama(din) kan, boleh kamu wakil pidato untuk UPSI”
“ni puan Hayatikah?”
“ya ni saya, boleh kah?”
“InsyaAllah tapi saya dengan siapa?”
“nanti pergi bilik saya untuk ambil tajuk ya”
“baiklah puan. Terima kasih. Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”.

Pertama kali menyahut panggilan telefonku yang berdering memuji isteri Baginda S.A.W, Khadijah R.HA, atas nama pidato intervarsiti aku lantas terdengar kesamaran bacaan hadis yang berkali aku dengar dicorong cuping telingaku “ sesiapa yang mempelajari seni pidato untuk menarik audiens maka amalan sunat dan fardunya tidak akan diterima”. Aku betulkan niat dan kembali kepada fitrah seni pidato. Aku ingin menyampaikan kebaikan dengan menggunakan pidato sebagai salurannya. Aku ingin belajar dan menimba ilmu seni pidato agar aku bertambah yakin dalam meyelusuri medan dakwah. Aku mengorak langkah untuk aku mengenal dan melawan pengharapan diri kepada pengharapan yang hanya disandarkan untuk ILAHI, aku ingin sampaikan walaupun seayat pesanan hikmah dari ruang yang luas akan azimat lafaz kekasih ILAHI.
Alhamdulillah tanpa hipokrit bersarang, aku memang menanti untuk wakil pidato lagi meskipun aku dah berkali kecundang. Walaupun ada kesumbangan suara mengherdik kelayakanku, namun aku sahut untuk buktikan kemampuan diri. Kalau pun bukan juara yang kukutip di medan pidato ini, cukup anjakan peningkatan aku buktikan. Bukan untuk menunjuk akan kemampuan diri namun insan sering mengukur kelayakan adalah kejayaan. Aku masih berpegang pada paksi untuk menyampaikan apa yang perlu untuk Umat ini dan kejayaan aku buru sebagai satu perangsang untuk membaiki apa yang kurang dalam diri di arena seni pidato. Tapi, kan esok aku ada pertandingan sajak!!! Oh tidak, teks aku tak buat lagi, habislah. Tak apalah aku korbankan dahulu keinginan untuk bersajak esok. Pidato aku lebih penting. Tapi takkan nak cancel penyertaan yang aku sertai last-last minit. Baiklah aku cabar kekuatan diri untuk mendukung semuanya. Malam tepat pukul 2.30 a.m setelah semua sahabat serumahku nyenyak diulit lena, aku dengan ilham ILAHI berkarya. Lebih kurang pukul 3.00 aku dapat menyiapkan sajak untuk pertandingan esok dengan tajuk “Desis Doa Dunia”. Aku curi sedikit masa tidurku dengan mendeklamasikan sajak dikeheningan malam.
Pada keesokan paginya aku pun pergi untuk melunaskan tanggungjawab yang aku harus lakukan demi sebuah perjuangan.




Setelah mengakhiri persembahan di padang bersejarah dengan sajak “Desis Doa Dunia”, aku pun pergi mengagahkan diri ke bangunan birokrasi pertama bangunan HEP. Memang rumit dan memeningkan kepala bila mengikut percaturan birokrasi. Hampas. Mula-mula aku kena siapkan borang pelepasan ‘makan beradab’ untuk aktiviti KOR Suksis di hujung minggu, pelepasan kuliah, hal pengangkutan bagi program debat NC yang dah terlalu lewat, dan beberapa perkara yang berbangkit yang perlu untuk aku sentuh agar serabut yang menyerang batin dan menyelubungi minda dapat dicantas biar patah bercerai. Sehari memang tak cukup untuk aku lunaskan semua perkara ini. Ah aku kuatkan juga sanubari dan mental melangkah ke HEP untuk berjumpa Pn Hayati Hood bagi permohonan pelepasan kuliah dan latihan Suksis yang perlu dituruti. Selepas duduk selama sejam dalam bilik Pn Hayati bagi membincangkan beberapa perkara yang penting, aku tergamam seketika bila terpaksa pergi esok dalam keadaan 22 tajuk pidato yang agak sukar dan memeritkan pengetahuanku. Ya Allah s.w.t betapa luasnya lautan ilmu milikMu hingga istilah-istilah yang jangkal dan tak pernah ku dengar tertulis sebagai tajuk spontan yang perlukan pencarian segera. Pemimpin Transaksional, pemimpin Transformasi, dan beberapa istilah yang memang tak pernah aku jumpa sepanjang aku membelek helaian bacaan dalam mana-mana bahan bacaan. Aduh!. Sepanjang hari itu aku seolah-olah seorang pelari boneka yang terpaksa pergi ke bangunan HEP, SUKSIS, PUSAT KOKURIKULUM UPSI, FAKULTI BAHASA, MALIM SARJANA DAN UNIT PENGANGKUTAN. Semuanya memerlukan Birokrasi. Ah penatnya……………
Destinasi pertama sebagai pelari boneka, HEP ke Pejabat Suksis seterusnya ke Pusat Kokurikulum, kembali semula ke HEP atas kesilapan nama pengarah Pusat kokurikulum, pergi semula ke pajabat suksis untuk tukar surat pelepasan yang silap dan ke pusat kokurikulum bagi menghantar surat pelepasan mengikut kehendak mereka. Destinasi diteruskan ke bangunan birokrasi kedua di Fakulti Bahasa bagi mendapatkan cop dan tandatangan penasihat kelab Debat untuk urusan pengangkutan. Dah dapat aku terus ke Unit Pengangkutan, rasa tertekan bila permohonan bas dibatalkan. Terpaksa aku berlari semula ke HEP untuk mohon bas kitaran UPSI bagi pertandingan debat NC. Selesai pasal bas. Aku bergegas ke bangunan birokrasi ketiga di bangunan Malim Sarjana Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan untuk pendaftaran Kursus. AlhamdulilLah selesai. Ketiga-tiga perkara yang perlu aku selesaikan untuk hari ini berjaya dengan iringan semput dan deraian keringat. Untuk uruskan 3 hal penting memerlukan aku naik turun 6 bangunan berbeza yang di tambah dengan ragam birokrasi pengurusan. Letih! rasa nak rebah di pelabuhan katilku.



Opsssssssss………. aku lupa!!!! Macam mana pula dengan keputusan pertandingan sajak tu. Nak pergi kah? Ah!!! mesti keputusan dah diumumkan. Tak apalah aku pergi juga. Jumpa Suhaimi dengan lafaz Tahniah, dia bagitahu aku dapat tempat ketiga. Alhamdulillah satu-satunya lelaki yang terselit di kepitan pendeklemasi wanita yang memonopoli johan dan naib johan. Jadi konklusinya akulah johan lelaki. hahahaha…. kalian tahu tak kenapa aku boleh nobatkan aku johan pada pertandingan sajak ni. Begini, pada mulanya semasa pendaftaran peserta, seperti biasalah kami dimaklumkan akan syarat dan peraturan pertandingan ni. Yang aku tertarik tu bukan hadiahnya yang agak lumayan , tapi 2 kategori berbeza ikut jantina lelaki n perempuan. Motifkan. Namun semuanya jadi pelik bila syarat dan peraturan ini dibatalkan bila pengumuman pemenang nak diumumkan. Timbul pula tanda tanya adakah ini juga birokrasi atau aku yang mudah menjustifikasikan dek kerana juara bukan milikku. Iskkkkkk.




“Insaf!!! angkara birokrasi aku jadi pelari boneka sistem manusia”

"kalian tunggu ya secebis pengalaman dan kenangan di pertandingan pidato peniti"
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template